Pengalaman Anak Di Sekolah Cina (SJKC)
Assalam para pembaca budiman. Terima kasih sudi luangkan masa singgah yaniepedia untuk membaca secebis pengalaman makhluk bernama Yanie dan keluarganya ini.
Di blog ni aku bukan nak cerita pasal diri dan keluarga semata-mata tapi lebih kepada nak berkongsi pengalaman (dan sedikit tips kalau ada) kot dapat membantu you all di luar sana๐
Seperti yang pernah baca kisah dua beradik ni di artikel ni,
aku ada mention pasal dorang kena belajar cakap cina kan?
Anak sulung kami, Iman bersekolah di SJKC dan aku faham bila bagitau ni kat orang lain akan menimbulkan macam-macam reaksi.
Reaksi positif ada, yang negatif pun ada…
Mula-mula kami buat keputusan dulu pun ada ahli keluarga yang risau sebenarnya, sebab memikirkan macam mana nak bagi makanan halal kat sekolah dan macam mana sesi pembelajaran agama Islam.
Tapi kami dah nekad sejak anak bersekolah di tadika lagi walaupun ianya seperti satu keputusan yang tak mudah.
Ala kulli haal. InsyaAllah, tiada masalah yang tiada penyelesaian.
Kami memang nak anak-anak belajar bahasa ketiga atau keempat supaya dapat persiapkan dorang hadapi tekanan masa hadapan. Aku dapat rasakan seolahnya persaingan lebih sengit bila dorang dewasa nanti. So sekiranya pilihan belajar bahasa ketiga ni terdapat di sekolah kebangsaan, dah tentu kami sekolahkan Iman di Sek Keb, tapi pilihan tu takde. So for now, biarlah dia belajar bahasa Cina di SJKC dan bahasa Arab di sekolah agama.
Temuduga
Kami memang sengaja pilih sekolah LBB dulu waktu tadika supaya anak ada sedikit basic bahasa Cina agar memudahkannya membiasakan diri di SJKC nanti. Lagipun di area kami, sekarang bukan senang pelajar Melayu nak masuk SJKC, kena lalui proses temuduga dulu, baru dapat masuk.
Sebabnya pihak sekolah nak pastikan pelajar ni boleh faham dan tak ketinggalan sewaktu sesi pembelajaran.
Boleh baca cerita temuduga tu di sini (artikel dalam bahasa inggeris).
Pengalaman Awal: The Struggle Is Real
Ok nak ngaku sikit.
Awal kemasukan Iman ke SJKC agak tough. Kelam-kabut kami dibuatnya sebab tak faham arahan sangat.
Memburukkan keadaan apabila guru kelas Iman waktu tu tak membantu.
Eh, aku bukan nak salahkan beliau ye, tidak. Tapi bagi aku dia sangat kurang mesra, aku yang garang ni nak tanya pun jadi takut ๐
Tak ada group whatsapp, yang ada hanyalah notifikasi guru dalam Wechat dalam bahasa Cina (walaupun ada beberapa pelajar bukan Cina dalam kelas) dan cikgu tu juga tak benarkan ibu bapa bertanya dalam tu. Nombor telefon parents lain pun tak ada, so we were left in the dark.
Cikgu kelas dia ni juga kerap mengadu kat aku katanya Iman tak faham arahan, selalu tak buat kerja sekolah. Susah nak ajar Iman dan macam-macam lagi... Senang kata awal dia sekolah dulu hampir tiap hari aku terima komen negatif cikgu kelas dia ni (tak pernah ada yang positif ๐) naik fobia nak bukak mesej beliau. Sebagai ibu I feel so down, awal-awal dah dapat komen macam ni, yang mana jauh bezaaaa berbanding sewaktu Iman sekolah tadika dulu.
Dan sebagai ibu pelajar darjah 1 juga, tipulah kalau aku tak bengang di situ. Pertamanya, budak ni baru darjah 1, bukan ke dia baru nak belajar berdikari waktu tu? Baru keluar tadika kan?
Secondly, bahasa Cina bukanlah bahasa pertama Iman. Dah tentu dia struggle untuk biasakan diri walaupun pandai basic sikit. A child is a child. First time masuk sekolah yang semua orang berbahasa Cina, kalau aku kena pun boleh terkulat-kulat juga dibuatnya.
Aku sendiri pernah lalui perkara yang sama dulu. Waktu kecil darjah 4 aku bersekolah di US (ikut parents belajar luar negara), sepatah haram English aku tak reti. Bayangkan sebelum tu dari tadika sampai darjah 3 sekolah kat Sek Keb, cakap Melayu apa semua tiba-tiba kena campak ke ‘pulau orang asing’! Sebelum ke sekolah mak aku selalu pesan, “Kalau orang tanya cakap ‘I know English a little bit only’,”. So aku dok hafal ayat tu je la hari-hari haha. Tapi sebab nak survive punya pasal kan, over time otak kanak-kanak kita ni dapatlah faham dan berkomunikasi mengikut keadaan sekeliling. Sebab tu aku yakin Iman sure boleh buat. Cerita ni lah aku selalu ulang-ulang kat Iman supaya dia motivated untuk ke sekolah.
So my response to the teacher was: aku minta cikgu tu bagi Iman peluang untuk buktikan diri dia. Dia sedang belajar, kata aku.
Makanya aku dan suami bergilir-gilir usaha fokus bantu Iman. Kami download aplikasi kamus Cina berbayar dalam telefon untuk bantu kami fahamkan arahan buku kerja sekolahnya. Dari situ kami pula ajar dia macam mana nak selesaikan kerja sekolah. Inilah yang kami dok buat hari-hari. So can you imagine the struggle?
Dahlah dia sekolah pagi petang, jauh pulak tu. Pagi sekolah agama (depan rumah mertua, terima kasih pada mama abah tolong ambil dan hantar Iman hari-hari), balik sekolah agama terkejar-kejar makan dan bersiap dalam masa 1 jam untuk tunggu van sekolah ke SJKC pula yang agak jauh dari rumah.
Sampai rumah dah maghrib, lepas maghrib terkejar-kejar nak siapkan kerja sekolah pula. Dengan nak fahamkan arahan lagi. Nak bertanya, tak ada group whatsapp. Bila tanya cikgunya, kadang ada respon yang pendek. Kadang tak ada respon langsung.
Disebabkan keadaan yang kalut ni Iman ada masa ter miss kerja sekolah dia, tu yang cikgu bising. Bukan main banyak tanda merah dalam buku haha, kesian betul anak aku nih!
Maaf ye, mungkin aku kedengaran seperti sedikit mengeluh tapi inilah sedikit cabaran yang kami hadapi waktu dia darjah 1 dulu. Sangat mencabar, ada masa aku terfikir nak stop kan je. Pada masa yang sama rasa kesian sangat kat Iman, takut dia tertekan. Tapi nasib baik suami suruh stay strong, demi masa depan anak. Lagipun sejak tadika kami dah invest supaya dia ada basic Mandarin, kalau stop waktu tu rasa macam sia-sia pula๐ฅฒ Dan Alhamdulillah Iman pun sejenis anak yang mudah mendengar kata dan menurut pemerhatian kami dia masih boleh cope, so kami teruskan.
FYI, keadaan di sekolah Cina sangat berbeza dengan Sek Keb ya. Cikgu-cikgu dorang sangat tegas dan berdisiplin. Satu kerja sekolah tak buat atau tak hadir ke sekolah sehari, cikgu akan tanya parents immediately, so parents pun kena rajin mainkan peranan dan haruslah resourceful.
Progres Positif
Eventually, Iman semakin faham dan pandai uruskan diri sendiri. Aku perasan selepas 3 bulan dia dah kurang memerlukan bantuan kami.
Dan selepas 6 bulan dia dah boleh uruskan kerja sekolah 100% sendiri.
Cikgu kelas dia pun semakin kurang complaint Alhamdulillah. Pandai dah dia taip emoji kat aku, so aku kira itu dah mesra sikit la kan hehe.
Dan yang paling membantu juga adalah pengetua sekolah LBB Iman, sebab waktu tu kebetulan anak dia pun baru masuk darjah 1 cuma lain kelas. So aku banyak dapat info dari beliau. Atau sekiranya aku tak faham, aku banyak rujuk dia. I owed her a lot, tq Madam Maria๐
Keadaan Persekolahan di SJKC
So selain tahap disiplin, adakah perkara lain juga berbeza di SJKC? Sudah tentu.
Bagi you all yang tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan persekolahan di SJKC, di sini aku senaraikan perkara yang mungkin bantu memberi sedikit gambaran. Tapi harap maklum ini hanyalah berdasarkan sekolah anak aku ya, bukan bermakna semua SJKC pun macam ni:
1- Keselamatan adalah Keutamaan
Setiap hari terdapat anggota RELA di hadapan sekolah untuk mengawal lalu lintas. Kanak-kanak boleh melintas sendiri kerana anggota RELA ini akan bantu beri laluan dan memantau kanak-kanak melintas. Kenderaan mak pak juga diawasi, so jangan haraplah korang mak pak boleh suka hati parking merata-rata hokay, nanti kena marah dengan RELA huhu...
Mak bapa juga tak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah sesuka hati. Ada masa-masa tertentu sahaja yang mak pak dibenarkan masuk.
Misalnya waktu balik sekolah. Setiap hari selepas habis sesi belajar, para pelajar akan dikumpul di dewan sekolah dan tidak dibenarkan keluar selagi mak pak / penjaga / driver van dorang datang ambil sendiri depan cikgu di dalam dewan tu. So selagi loceng belum berbunyi, mak pak hanya boleh menunggu anak-anak di depan pagar sekolah. Keadaan ni betul-betul mengingatkanku waktu sekolah di luar negara dulu, macam ni lah yang dipraktikkan. Kanak-kanak hanya boleh menunggu di dewan sebagai langkah keselamatan.
Peniaga juga tidak dibenarkan berniaga di hadapan sekolah, so korang takkan nampak langsung peniaga kat depan SJKC ni. Tiada kerisauan anak-anak beli jajan atau makanan tak halal di situ.
2- Mikrofon dan Projector
Aku perhatikan setiap kelas mempunyai sebuah mikrofon dan projector. Walaupun saiz kelas tak adalah besar mana, tapi cikgu-cikgu akan pakai mikrofon sewaktu mengajar dan ini bagi aku sangat memudahkan untuk cikgu dan anak-anak murid. Tak adalah cikgu-cikgu terjerit-jerit panggil pelajar kan hehe. Dan murid yang dok belakang pun boleh dengar dengan jelas. Jarang aku nampak dorang pakai blackboard tu, mostly dorang pakai projektor untuk tunjuk video mengajar.
3- Hiasan dan Kebersihan
Ini satu perkara aku nak puji tentang SJKC. Aku tengok hiasan kelas dorang biasa sangat, bersih dan tak berhias berlebihan tapi bab teknologi pembelajaran dorang advance. Memang betul kita sekarang sepatutnya dah tak ada yuran PIBG kan, tapi di SJKC dorang masih kutip derma dari ibu bapa (dengan persetujuan ibu bapa) untuk bantu dorang beli / kawal selia peralatan dan buku bantuan mengajar, which bagi aku memang sangat penting.
Ibu bapa di SJKC juga tak merungut untuk menderma demi pembelajaran anak-anak, so kat situ aku rasa kagum sikit, betapa komited dan murah hatinya dorang bab pelajaran ni.
4- Pilihan Kokurikulum yang Pelbagai
Aku kurang pasti dengan sekolah kebangsaan zaman sekarang tapi di SJKC ni aku perasan pilihan aktiviti kokurikulum dorang agak pelbagai. Kebanyakannya aktiviti yang melibatkan teknologi seperti coding dan robotik. Tapi yurannya pun boleh tahan ๐
, sesuai la dengan jenis aktivitinya pun kan? Selain teknologi, aktiviti lain yang aku rasa agak rare adalah seperti gimnastik, abacus (sempoa), main instrument muzik tradisional cina, bola tampar, public speaking dan lain-lain yang aku tak berapa ingat. Mind you, ini aktiviti koko untuk budak sekolah rendah ya, sebab tu aku rasa ianya agak rare dan sangat membina sebab kanak-kanak diajar perkara sebegini pada usia yang muda.
Banyak lagi nak cerita ni tapi nantilah aku sambung, ada urusan sikit. Nanti aku update lagi pengalaman dan keadaan semasa Iman yang kini dah darjah 3.
Till then, stay safe :)
Ulasan
Catat Ulasan