[GAMBAR] Selepas 10 Tahun, Kami Ambil Gambar Kahwin Semula! (reshoot)
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mencetus hubungan silaturrahim, kasih sayang, dan semestinya penentu ajal, maut, jodoh dan pertemuan.
Alhamdulillah, tabarakallah... Today is our 10th wedding anniversary π I can't thank Allah enough for the existence of this wonderful soul who's been with me through thick and thin. Doakan jodoh kami berpanjangan di dunia dan di syurga ya kawan-kawan :)
Sebenarnya kan.. haaa. Ni lah dia motivasi kami untuk usahakan amalan hidup sihat dan jaga penampilan (takat yang terdaya jelaaa). Sebab dah sekian lama kami rancang untuk ambil gambar nikah outdoor yang tak sempat direncanakan waktu awal kahwin dulu. Who would've thought, selepas 10 tahun baru ada peluang ni, fuh!
Ya, kita semua nak sihat untuk mudah beribadat, nak elak penyakit (dengan izin Allah) dan sebagainya. Tapi apabila dah berumahtangga, ada anak-anak, dengan jadual kerja yang tak menentu, biasanya perkara macam ni cakap je senang, namun nak buat tak semudah kata-kata, betul tak? Hence the need to motivate ourselves supaya sungguh-sungguh berusaha nak jadi macam waktu muda dulu (walaupun tak capai 100% but it's okay)⏤ sesi fotografi sempena 10th wedding anniversary kononnya hehe,
Considering all of the preparations involved, I still can't believe we made it, Alhamdulillah! Terima kasih tak terhingga pada suami sebab dia sangat supportive, meskipun idea aku ni kalau orang lain dengar, agak pelik, mengarut dan nampak macam pembaziran barangkali.
PERSIAPAN
Persiapan yang kami lakukan bukan mengambil masa sehari dua. Tapi itu jugalah kebaikan yang kami nampak bila buat photoshoot bukan pada ketika hari perkahwinan― boleh fokus.
Fokus pada semua detail props yang kecik-kecik seperti korset, pin, bunga tangan, tudung, anak tudung, rawatan muka & rambut, kuku, stokin, veil, kasut, pose gambar yang nak dibuat... Semua tu aku tak berapa dapat nak fokus dulu sebab waktu nak kahwin aku sibuk uruskan 3 perkara: kerja, belajar dan persiapan kahwin yang dekat 80% diuruskan sendiri. Waktu tu rasa sibuk sangat, sampai aku terkena penyakit kayap (shingles) disebabkan terlalu stress.
So here I am, almost 10 years later, berusaha nak kembalikan badan ke bentuk yang asal. Dekat 3 tahun juga aku berusaha sejak melahirkan anak kedua,, haha lama weh! Sebab sebelum kahwin aku memang sejenis yang kurus so nak kembali ke fasa tu is not easy! Ada orang sekejap je, tak payah diet pun dah kurus (huntonglaaa). Tapi ingin aku tegaskan kat sini macam mana bentuk badan kita sekali pun, yang penting sihat betul tak :) Anyway, boleh lihat perjalanan weight loss aku di link ni.
Selain penjagaan berat, penjagaan kulit, rambut dan kuku pun kitorang terpaksa hadap. Baju nikah aku try banyak kali nak pastikan boleh muat ke tak hihi. My husband on the other hand, tak ada masalah sebab dia memang kurus.
Muka masing-masing lepas kena korek segala cela. Masih mampu tersenyum walaupun sakit.. |
Haaa... Nampak tak kesungguhan di situ? |
Dan untuk menambah aura persiapan pengantin tu, kami buat dandanan rambut, facial dan berurut di spa beberapa hari sebelum photoshoot. Best! Perasan macam tengah buat persiapan kahwin sangat ahaks!
Segala persiapan photoshoot dan props ni kami survey dan beli siap-siap beberapa bulan sebelum. Beli dan bayar sikit-sikit supaya poket tak terbeban π Antara yang paling penting dalam projek ni of course, lokasi, photographer, makeup artist (MUA) dan pelukis inai.
Dan disebabkan keadaan pandemik yang melanda kini, semestinya pengurusan antara 4 perkara di atas adalah sangat penting. Seperti pengantin lain yang tertangguh kenduri kahwinnya, begitu jugalah kami haha. Adalah dalam 4 kali projek kami ni tergendala dek PKP yang tak berkesudahan, jenuh reset tarikh photoshoot. Kesian betul pengantin tua ni...
_________________________
ALMOST 10 YEARS LATER | YANIE + AZIM
2 APRIL 2021
Alhamdulillah kami berjaya secure tarikh 2 April baru-baru ni apabila PKP dilonggarkan sementara. Plan ke Avani asalnya untuk family weekend getaway tapi sebab dah tak tau nak photoshoot kat mana, so kami pilih untuk buat di Avani je memandangkan tempat ni mempunyai panorama yang sangat indah.
Voucher Avani Gold Coast aku beli daripada ejen Gerbang Travel & Tours, Nisa namanya. Bertuah aku sebab Nisa ni sangat membantu, rajin reply whatsapp dan bersungguh nak dapatkan aku voucher ni. Sekiranya korang nak tahu harga yang aku dapat daripada beliau, proses pembelian dan review aku terhadap Avani Gold Coast Sepang ni boleh klik di sini.
FYI, walaupun hasil photoshoot agak cantik, unik dan menarik di mata aku, tapi tak semuanya indah dan berjalan lancar sewaktu kami photoshoot di situ. So kepada you all yang teringin nak buat wedding photoshoot di sana juga, boleh lah baca review aku di link di atas terlebih dahulu agar boleh buat persiapan.
Walaubagaimanapun aku bersyukur sebab hampir segalanya Allah permudahkan. Untuk pengetahuan korang, lokasi untuk aku pakai inai, makeup dan photoshoot semuanya berbeza. Hati dah berkenan sangat dengan hasil kerja MUA ni so sanggup la redah jem KL demi mendapatkan servis beliau hehe. Skrol ke bawah artikel untuk ketahui siapakah gerangan mereka yang membantu menjayakan photoshoot ini :)
Fewiittt! Berbaloi laa drive jejauh ehehee... |
Perjalanan kami pada 2 April tu:
12:00pm-2:30pm: Perjalanan ke Ulu Klang, KL
3:30pm-5:00pm: Bergerak ke Avani
6:00pm-7:40pm: Photoshoot
I must admit, memang tergesa-gesa. Pakai nail polish pun dalam kereta haha. Tapi tak dapat elak dek jalan jem dan sebagainya. Knowing me sejenis susah nak mengalah, suami pun ikutkan je, waduh π Yang kelakarnya sepanjang kami photoshoot tu orang sekeliling dok wish, "Selamat Pengantin Baru, Selamat Pengantin Baru," ... Alahaii... Terima kasih la pada yang wish pengantin lama ni, you made us feel young again lol π
For what is worth, I think we definitely hit it this time, yeay! #simpansini
Pengantin lama: Year 2021 |
- MUA Nadia sangat profesional. Dia mekap aku untuk effect muka macam retis ni setel dalam masa sejam je, can you believe it? Otai, otai. Cumanya dia agak pendiam sikit dan jadual dia pack sangat so kalau nak servis dia kena book awal. Tapi aku berterima kasih sangat dengan beliau sebab sudi tunggu kedatangan aku walaupun entah berapa kali tunda dek PKP, Daripada dia mengandung sampai dalam pantang tunggu aku, punya lama tu kan π
- Akak Kedai Inai ni best. Sangat peramah orangnya. SOP pun jaga. Sebelum masuk rumah beliau, kami ditembak dengan senapang sanitizer dulu hehe. Seorang pencinta kucing, comel-comel pulak tu! Ni pun otai juga ni, kejap je dia buat inai sis, hasil kerja lawa dan harga berpatutan.
- The Flower Studio Malaysia ni kalau korang tengok review kat Shopee ramai bagi review positif. Hasil bunga tangan pun semuanya cantik-cantik belaka. Packaging cantik, pengeposan pun laju. Harga bunga berpatutan, highly recommended.
- Tukang Jahit Ana >>otai dan luas pengalaman. Aku tempah baju dengan beliau since baju tunang dulu dan hasil kerja kemas dan cantik. FYI, baju nikah ni baju paling aku suka dalam tiga baju kahwin yang aku gayakan dulu, that's why aku pakai balik baju ni untuk reshoot, tq kak Ana :) Tapi tu lah, nak dapat servis beliau kena beraturrr π.
ALMOST 10 YEARS AGO | YANIE + AZIM
27 MAY 2011
Pengantin baru: Year 2011 |
Yesss... That was me back then, 2011. Ahah, beza dakπ Ala mekap la yang beza, ni style dulu-dulu, la ni lain la pulak. Time ni umur baru 25, malu-malu kucing nak pose depan kamera, sian betul haha.
Tu yang untung photoshoot bila dah lama jadi suami isteri ni. Takdak segan-segan dah haaa. Cameraman kata buat gini, kita buat. Buat gitu kita bagi extra lagi ehehe. Zaman pengantin baru dulu makeup pun ala kadar, posing pun tak reti, memalu pula tu haih. Asal boleh la ye. But those were the days, apa-apa pun Alhamdulillah dapat juga disatukan dengan jejaka pilihan hati, ewahhh!
Dan tahun ni kami sambut anniversary di rumah sahaja dengan anak-anak. Ini bermakna dah 2 tahun berturut-turut jugalah kita sebagai rakyat di bumi bertuah ni sambut perayaan dan anniversary/birthday di rumah kan? Check out my post last year on candle light dinner at home di sini. Post berkenaan kecekalan seorang isteri yang bersungguh-sungguh set up dinner yang romantik kat rumah sewaktu musim PKP ahahahaha. Acahhhh sangat!
@yanieraihan 19 tahun bercinta. 10 tahun nikah. 2x ambil gambar nikah π Alhamdulillah✨ ##SeribuTahun ##fyp ##nikah ##couple ##pengantinlama
♬ Seribu Tahun Version - Meer Nash
Ulasan
Catat Ulasan