Review dan Sambutan Birthday Iman di Homestay Padi Box

Padi Box Homestay.

Sebagaimana unik namanya, begitu jugalah homestay berbentuk 'kotak' ini yang terletak di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Sangat unik dari segi kedudukan dan susun atur ruang kabinnya yang digunakan secara optimum. Walaupun kabin homestay ni aku nampak hampir 100% menggunakan kontena, ia tetap cantik dan selesa bagi aku sebab semua basic facilities disediakan.

Tarikannya?

Kalau kau tanya aku, of course ku rasakan pemandangannya adalah the extra wow di sini! Mana kau nak duduk rumah kontena warna-warni yang cantik dengan pemandangan yang jarang-jarang boleh dapat di bandar, guys?

Memandangkan birthday Iman Raihannah dah semakin menjelang tiba, untuk trip waktu tu kami plan buat surprise birthday untuk dia kat sana sekali hihi. Aku memang suka buat orang terkejut-kejut ni.

So perkara paling asas untuk korang tahu adalah untuk menginap di sini korang hanya boleh tempah melalui website dia sahaja, whatsapp untuk tempahan tidak akan dilayan eheh. Dan sekiranya korang nakkan pemandangan hijau sawah padi yang belum dituai, make sure hubungi Padi Box homestay dulu dan tanya sebelum pilih tarikh. 

Untuk pengetahuan anda, kitorang pergi ni pada awal bulan Mac, padi dah selesai dituai dan baru nak membesar waktu ni so pemandangan hijau agak kureng di situ.





SUSUN ATUR RUANG DAN KEMUDAHAN PADIBOX

1- Bilik

Basically Padi Box menyediakan beberapa jenis bilik untuk menepati keperluan para penginap berdasarkan jumlah penginap. Ada yang untuk 2 pax, 4 pax atau 6 pax, so harga pun berubah mengikut jumlah pax dan musim/hari.

Untuk keluarga kami, bilik 4 pax pun dah cukup. Dalam bilik ni terdapat dua buah katil bersaiz queen yang diletakkan betul-betul bersebelahan, dengan tv dilekapkan di atas katil (macam tv hospital😂), aircond dan bilik air yang pintunya agak lutsinar. So kalau korang sejenis yang malu-malu dalam toilet memang segan juga lah nak pakai toilet ni sebab akan ada perasaan orang luar toilet boleh nampak kelakuan kita dalam tu ahahahaa. Ye lah, biliknya agak sempit, toilet pula betul-betul sebelah katil. Untuk solat, kami terpaksa alih sedikit perabot di antara katil dan sekalikan katil-katil dalam bilik supaya ada sedikit ruang. 

For me, setakat untuk 1 malam, 2 malam, okeylah. Tapi kalau nak bercuti lama-lama mungkin agak kurang selesa sebab sempit sikit bilik saiz ni. Tapi sepupu husband yang menginap di bilik 6 pax katanya bilik tu agak luas dan selesa. Malangnya aku terlupa nak ambil gambar di situ, so kalau korang nak tengok kena datang sendiri hehe.

Untuk view bilik pula janganlah mengharapkan untuk dapat view bandar ke, sungai atau laut ye. Sah-sah anda berada di kawasan sawah padi semestinya itu sahaja pemandangan yang ada.

2- Pantri dan Kafe


Ruang atas kabin ni agak menarik sebab kebanyakan aktiviti akan dilakukan di sini. So the first thing yang korang akan nampak apabila menaiki tangga ialah kafenya yang hanyalah terdiri daripada meja-meja dan sebuah pantri. So meja-meja itulah kafe nya :) Tak ada kedai makan, pelayan atau sebagainya, korang self service je atas tu. Kat pantri telah pun disediakan kopi, air tin dan bekas-bekas makanan untuk korang pakai. Sekiranya korang ambil air-air ni, bayaran perlu dilakukan di kaunter receptionist. Oh ya, memasak adalah tidak dibenarkan, so kalau nak makan di 'kafe' ni silalah bawa makanan sendiri ya. 

3- Ruang BBQ

Ruang barbeku nya pula terletak bersebelahan kafe tadi, so agak memudahkan juga lah waktu membakar nanti. Kot laaa nak pakai bekas-bekas dia senang nak ulang-alik. Di ruang BBQ ni terdapat pit barbeku, meja dan kerusi panjang serta singki. Korang hanya perlu bawa bekas makanan / pinggan sudu (jika perlu), penyepit dan arang sendiri. Jangan risau sekiranya hujan sebab ruang BBQ ni ditutup separa dengan atap. 

Cas tambahan sebanyak RM150 akan dikenakan untuk penggunaan pit BBQ dan peralatannya yang terdiri daripada:

- Ruang BBQ
- Jaring untuk bakar
- Fire starter
- Arang 3kg (tambah RM15 sekiranya nak tambah 1kg arang pre-order)

4- Ruang Santai

Ruang santai ni aku rasa memang depa cipta untuk anak muda haha. Biliknya comel dan selesa sangat untuk melepak, membawang dan meraikan yang tersayang sebab deko dia comel teruk! Ada aircond, meja snooker, anak-anak patung, kerusi sofa, meja makan dan tv beserta permainan video zaman budak 90-an dulu. Alaa yang jenis pakai tape kecik tu, tau kan? Kalau korang tak tau, memang sah kome ni budak GenZ lah! So budak-budak memang seronok lah lepak situ. Yang budak-budak tua boleh ambil gambar untuk Instagram 😂

 FYI untuk sambutan birthday Iman ni asalnya aku nak minta pihak Padibox tolong buat sedikit dekorasi tapi sebab aku rasa harga sedikit deko dia pun agak keras, maka aku decided untuk bawa bahan-bahan deko sendiri dari rumah. So bila tengok ruang santai dia dah memang cantik, ia agak membantu kami juga lah waktu sambutan birthday di hari kejadian.

5- Buaian

Terdapat beberapa ruang untuk bermain buaian-- di ruang atas dan ruang bawah. Untuk bahagian atas aku sarankan para ibu bapa untuk sentiasa awasi anak-anak sebab tangganya agak tinggi dan terdapat sedikit ruang (gap) di antara jeriji pagar besi so aku memang dok terjerit-jerit juga lah situ setiap kali si Safiya ni dok main dekat sangat dengan pagar atau turun naik tangga. Ibu tarzan prihatin lah katakan...

6-Basikal

Terdapat juga beberapa basikal yang disediakan di perkarangan homestay untuk sewaan penginap tapi aku kurang pasti berapa cas yang dikenakan kerana kami sendiri tak sempat pakai waktu kat sana. Tapi can you imagine keindahan panorama sawah padi dengan sapaan lembut angin sepoi-sepoi bahasa menemani konvoi basikal you all? 


SAMBUTAN HARI JADI IMAN DI RUANG SANTAI, PADI BOX

Sejurus kami selesai berbarbeku pada malam pertama di sana, kitorang yang anak-anak dara (ehh?) terus bergegas ke ruang santai untuk memulakan projek dekorasi yang langsung tidak disedari oleh birthday girl haha. Dia ingat ibu dia balik bilik lewat tengah malam dok anyam ketupat ke apa sana, haih innocent betul kanak-kanak ribena ni. 

FYI kami dah minta izin terlebih dahulu dengan pihak pengurusan untuk sambutan ni dan receptionist yang jaga tu nasihat untuk buat deko tengah malam dan off lampu supaya penginap lain tak masuk ruang tu, so that’s what we did. Kami pasang belon and other birthday deko, nasib baik laaa ada adik dan sepupu-sepupu husband yang sporting dan sudi tolong hamba Mu ini Ya Allah. Ingat nak deko simple je sekali dekat jam 2 pagi juga baru dapat balik bilik tidur huh!

On the next day, I can safely say yang kami berjaya juga surprise kan si birthday girl ni, dengan syarat〰 kanak-kanak dilarang masuk ruang santai tu pada pagi tersebut atas alasan yang dicipta oleh orang dewasa hahahah. Memang dia tak perasan langsung ada sambutan untuk hari jadi dia situ, so Alhamdulillah mission accomplished!

Korang boleh tengok sambutan birthday dia di video ni:


Untuk makanan, pagi tu selepas subuh kami bergegas beli roti canai pelangi yang popular di sana- Roti Canai Pelangi Sungai Yu... Wahh kemain meriah roti canai dia, banyak perisa pula tu! Antaranya perisa durian, epal, strawberi dan keladi. Harga pun murah dan berpatutan, so bukan sahaja roti canai, nasi lemak dia yang sedap tu pun kami tapau!


Lain-lain makanan dah disediakan oleh mertua dan makcik so ada lah menu lain. 

Bab kek, ermmm.... yang ni ada kisah kurang best.

Aku sangat kecewa dengan kek yang ku beli daripada homebaker tempatan di Sekinchan ni. Kalau tengok di Facebooknya, beliau agak berpengalaman luas buat kek. Banyak gambar kek kat FB dia, siap nampak orang promote lagi hasil kerjanya.

Aku ni pula sejenis nak tolong peniaga kecil dan pada masa sama malas nak cari bakery. Lagipun Iman pernah request nak makan kek unicorn katanya, so bagi aku baiklah tempah je kat orang. Kalau ikut pengalaman tempah di Shah Alam, homebakers jarang mengecewakan. Tapi kali ini, malang bagi kami kerana kek yang ditempah... maaf cakap, agak tak lawa. Sebelum tu baker ni ada bagitahu dia tak pernah buat kek unicorn, tapi boleh cuba katanya, so aku pun beri galakan. Tak sangka that would be a grave mistake! Silap, silap...

Aku tak pukul sama rata semua bakers yang ada di Sekinchan ni tapi berdasarkan pengalaman aku tempah dengan yang sorang ni memang kes naya:

- Baker sampai agak lambat lebih kurang 1 jam dari janji asal pagi tu tanpa sebarang pemberitahuan. Aku pula yang kena tanya beliau, jadi datang ke tak pagi tu.
- Ikut gambar kek contoh aku nak warnanya ada ombre gitu, tapi hasil tak sama aku boleh terima lagi. Tapi paling aku susah nak terima bila tanduknya serupa %&*$# 😂 (orang cakap)! Segan juga tapi no choice...
- Finally tang rasa. MasyaAllah... Speechless! Perkataan pertama yang keluar dari mulut adik ipar selepas makan kek tu adalah, "Kek apa ni?!" Bayangkan kau sebagai hos majlis, apakah perasaan anda ketika itu?😖 Aku pun cuba rasa, nak potong kek sekali pisau kek patah. Keras ya amat! Bukan keras sebab frozen ye kawan-kawan, memang kek tu keras secara fizikal, bila makan tak berapa nak rasa sebab keras. Seumur hidup aku ni lah pertama kali makan kek keras ahahahahaha adoiii apa benda dia taruk dalam tu aku pun tak tahu! 

Sudahnya kek tu kami letak dalam freezer homestay, kot laaa ada sesiapa yang boleh makan. Nak buang sayang, bayar mahal-mahal tapi itu hasilnya adehh... Bukan nak perlekehkan rezeki tapi memang tak boleh telan. Paling kesian semestinya birthday girl yang ternyata kecewa apabila kek idaman dia tak dapat dimakan.

Aku mesej semula baker tu bagitahu dengan harapan dapatlah refund ke, diskaun ke tapi nan hado! Respon dia agak defensive— katanya mungkin pisau tu terlalu lembik. Dia ada juga nyatakan bahan apa yang dipakai, katanya kek tu dah dibuat dari malam sebelum lagi, so mungkin keras sebab dari freezer, lepas tu minta maaf. Dah setel, tu je, so frustrating sebab duit melayang untuk benda yang tak boleh dimakan 😑 
Daripada gambar ni korang dah boleh nampak
betapa kejungnya isi kek tu.






So my advice to you guys yang nak sambut birthday kat sana, boleh beli kek di Baker's Cottage yang terdapat berdekatan homestay ni. Kalau nak Secret Recipe macam tak ada (or maybe aku yang tak perasan?). Boleh beli dari homebaker tapi kena pandai cari / kenal yang pandai buat. 

Oh kalau korang perlukan belon helium, wajib bawa dari rumah ya sebab kawasan tu langsung tak ada orang yang jual belon helium, penat aku cari.... Pandai-pandai lah korang plan macam mana nak bawa hihi. Kesudahannya kami hanya pakai belon tiup biasa, ok lah buat suasana tampak lebih meriah walaupun kek hancur hehe.

Overall aku recommend tempat ni, sekiranya korang mencari tempat percutian yang sedikit jauh dari bandar, pemandangan unik dan cantik. Namun dari segi keselesaan bilik dan kos aku rasa biliknya agak sempit (untuk 4 pax), harga pula so-so dan cuaca agak panas terik sana. So aku kasi 3.8/5 bintang untuk tempat ni, harap membantu korang yang ingin bercuti.

Till then, stay safe :)

NOTA: To make it up to my daughter, kami order kek lain di Shah Alam dan kebetulan memang ada nak ziarah keluarga on my side, so alang-alang sambut birthday dia semula di rumah parents aku ala kadar :) Okeylah kan, asalkan anak happy.

Ulasan

  1. Nampak cantik Padi Box ni. Pernah pergi area ni. Rasa rasa nampak Padi Box ni dari jalan besar sebab warna dia striking kan. Unik tidur dalam kontena ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis, first time tido dalam kontena, not bad :)

      Padam
  2. Setiap kali pergi sekinchan saya ambil gambar saja kat sana. Belum lagi dapat peluang untuk stay sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Once MCO lifted you boleh try for a change. Not bad, rasa tenang je duk situ :)

      Padam
  3. luar kontena tapi dekorasi kat dalam cantik betul. best gak pi tempat camni kan, dapat tengok padi hehe. happy birthday iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tq aunty. Tu la, tak sangka dalam dia cute sgt :)

      Padam
  4. Hari tu pergi Sekinchan tapi tak duduk situ sebab penuh memanjang. Makan roti canai tu pula - hurm - biasa je sebab warnanya pelbagai kan . Tapi kesian betul kes kek tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaaaa penuh memanjang tu tidak dinafikan. Ni sebab ada family member yang teringin sangat nak ke sana so kita layankan shj hehe. Roti canai tu ok lah, setakat nak rasa roti canai berperisa, harga pun tak mahal so kita cuba :) Bab kek tu, mmg agak frustrating skt, lesson learnt...

      Padam
  5. Sebelum pkp haritu sempat stay kat sini dengan member2. Ambik bilik 6 org. Memang selesa, besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh pergi dengan member2 mesti seronok kan Ummi? Berapa hari stay situ & apa aktiviti u ols?

      Padam
  6. Cantiknya view. Tempat ni pun menarik. Nampak luas bilik2 kat sini. Nampak sangat selesa. Bila lah nak habis pandemik ni xsabar nak jalan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn... Saya pun dah rindu nak berjalan dgn fmly, harap-harap tahun depan merasa la kita semua travel ya :)

      Padam
  7. View dia cantikla. Tempat dia nampak menarik jugak. Bilik nampak selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis, tempatnya unik dan selesa. Menarik utk percutian keluarga :)

      Padam
  8. hujung tahun last year ada singgah bercuti kt Kuala Selangor. memang ada terlalu padibox warna warni tu. cantik je nampak dari jauh. buat background ambik gambar cantik. roti canai pelangi tu pon ada singgah jugak masa sarapan.serious ramai betul org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan? Rindu nak gi bercuti kan kan? First time merasa roti canai berperisa hehe. Anyway, semoga berpeluang ke Padi Box nanti one day ya, boleh posing puas-puas :)

      Padam
  9. Ni salah satu percutian tertangguh gak Sis gan kengkawan tahun lepas.. plan setahun lepas dulu.. cantikk sangat, rasa tenang ajaa.. one day mesti pergi sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, moga ada rezeki untuk kita pi bercuti lagi one day sis :) Buat masa ni bercuti di rumah je dulu hehe

      Padam
  10. Lawa tempat ni kalau nak photoshoot. Semoga cepat la pendamik C19 berlalu. Tak dapat menginap, dapat snap snap gambar pun jadilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameeen. Same here. Teringin nak jalan-jalan lagi namun apa kan daya. Ambil gambar di rumah je dulu sis :D

      Padam
  11. Teringin betul nak jejak kaki dan bawak anak anak bercuti kat Padi Box . Dia merasa tido dalam kontena. Baca part kek tu memang sadis .. nasib repeat kan. Yelah .. nak happy kan hati anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya sis, jadi mak2 ni semua demi anak kan hehe. Moga ada rezeki Salina bercuti ke Padi Box nanti ya

      Padam
  12. Menarik ye staycation kat Padi Box Sekinchan ni.. i plan nak pergi Raya tahun ni tapi just on the right timing, PKP kepung satu Kuala Lumpur and terpaksa tundakan trip.. :) I have the same experience like you do especially nak cari belon helium tue,, last2 ada satu kedai like 1 KM away , kami patah balik untuk beli sebelum bergambar kat tepi sawah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh wowww ada ke? May I know the nama kedai please? Stress tau cari belon haritu sampai sanggup suruh orang lain datang hantarkan tapi tak jadi hehe. Terbaik uuu dapat juga ambik gambar dgn belon helium :) Hope will get to travel again soon!

      Padam
  13. Selalu org promote tempatnni.. nampak menarik.. adoi sadisnya dapat kek mcm tu...hmmm boleh bg feedback dkt fb dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sampai hati sis, kot laa memang selera orang sana ke kan hehe tak pasal kena kecam kita. But overall percutian yang menarik :)

      Padam
  14. bestnyaa, Suka la dengan vibe ala-ala kampung macam ni. Nak tanya, masa tengah hari tak panas ke sis?sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi sis, maaf lambat respon. Ya panas + silau tapi bilik2 dan tempat melepak ada aircond so takdela rasa bahang tu, ok je :)

      Padam
  15. cantik ya Padi Box Homestay! I wish to stay here with my family next time when MCO is lifted. Nice to stay and take lotsa pics too

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss! Lovely place for pictures, very instaworthy hehe. Hope we can all travel again one day :)

      Padam
  16. Wah best nyer, the place is so colorful and fun. I also want to go for staycation or homestay after MCO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You should :) It's a pretty and unique place for a staycation change, a must go place :)

      Padam
  17. Hai sis, saya ada plan untuk ke padibox celebrate birthday abah saya. Boleh bagitahu range harga padibox untuk deco birthday tu? Terima kasih ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi cik/puan, baru tadi saya tanyakan pihak Padibox utk pertanyaan awak ni. Katanya buat masa ni deco birthday ditutup sementara. Harap membantu :)

      Padam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular