Ikea Hack- Buat Sendiri Ruang Penyangkut Beg (Mudroom)- Idea, Cara & Kos
Salam Ramadhan guys!
I'm so excited nak cerita pasal ruang penyangkut beg a.k.a mudroom DIY hari ni sebab lama sangat kumpul info ni dalam simpanan! Percaya tak u ols, kami ambil masa lebih kurang setahun nak siapkan mudroom ni tau, padahal simple je, haih! Tapi disebabkan kekangan masa & ringgit kasorga, maka terpaksa ditahan hajat sampai ke sudah... So sila baca sampai habis tau, tengok video kat our channel juga nanti sekali (dalam proses) sebab susah derrrr, nak compile bahan penulisan kalini, fuhh! Apa-apa pun terima kasih kepada suami tersayang sebab sentiasa bersabar, membantu bertukang dan menyokong penulisan isteri dia yang tah pape ni hehe.
MUDROOM
Okey sebelum tu nak cerita sikit macam mana tercetusnya idea nak buat mudroom.
Asalnya ruang masuk dari pintu utama ni agak kosong, maka jiwaku yang terasa kosong terpanggil untuk cari idea dalam pinterest. Yang aku nakkan waktu tu adalah idea deko yang ada kegunaan, so kalau setakat hiasan semata memang awal-awal aku pangkah.
Nak dijadikan cerita aku mula sakit mata tengok beg anak-anak bersepah-sepah dekat pintu tiap kali dorang balik sekolah, so aku terfikir, why not buat ruang untuk beg sekolah? Browse punya browse, terjumpa la design mudroom yang rupanya dah sekian lama dijadikan antara ruang wajib dalam rumah mat saleh. Depa sana ada ruang ni untuk gantung jaket, beg dan topi. Kalau korang kata, "Eleh takkan baru sekarang tau?" Ha, ye. Memang baru sekarang aku tau haha. Aku kan Melayu totok, ruang rumah takat ada yang basic je dah cukup. Tapi sekarang dah jadi mak-mak di era digital ni, pemikiran dah terbuka la sikit nak pelbagaikan dan maksimumkan penggunaan ruang dalam rumah. Lagi-lagi buat IKEA hack, memang sis sukaaa!
Sebelum memulakan kerja-kerja pertukangan, of course aku dan suami bincang dulu dari hati ke hati (baca: berdebat) tentang design yang paling praktikal untuk rumah apartment kami ni. Alhamdulillah aku menang tanpa bertanding sebab suami terus setuju tanpa banyak suara hehe. Maka bermulalah perjalanan kami membuat sendiri mudroom mengikut selera sendiri.
So tips pertama: Lukis design yang diingini dulu. Bila dah lukis baru tau apa bahan-bahan / komponen yang diperlukan.
Macam yang korang lihat, untuk design mudroom kami ni memerlukan 3 fasa utama, iaitu:
Fasa 1- Buat para, pembahagi ruang dan penyangkut
Fasa 2- Buat bangku panjang dengan alas
Fasa 3- Letak kabinet bawah & atas
* Perlu diingatkan antara bahan penting yang wajib ada ialah gerudi dinding, penimbang air, gerudi skru, stapler kayu dan palam dinding (untuk palam a.k.a wall plug, suami syorkan pakai Ikea punya sebab kuat dan senang dipakai)
* Kebanyakan bahan yang kami pakai dari Ikea sebab senang nak hack (ubah suai), tapi u ols yang nak buat benda alah ni boleh je pakai barang dari kedai lain kot tapi cara hack mungkin berbeza.
__________________________________
Fasa 1- Buat Para, Pembahagi Ruang & Penyangkut (RM190.40)
Tujuan para tu hanya untuk letak barangan yang ringan (hiasan / kotak-kotak kecil) so aku sengaja pilih kayu yang tak berapa tebal.
Untuk dapatkan para dengan panjang yang diperlukan, aku tempah kayu para 'custom-made' secara online dekat kedai berdekatan. Alhamdulillah time PKP ni ada pula kedai yang jual kayu online di kawasan tempat tinggal kitorang, De Woodpanel nama dia. Jadi alang-alang tu aku tempah terus kayu untuk bahagian para, pembahagi ruang dan bangku.
Bahan yang digunakan untuk buat bahagian ni:
a) Kayu melamine untuk para x 1 papan - 1470mm x 260mm x 16mm (RM29.80)
b) Kayu untuk pembahagi ruang x 5 papan - 1900mm x 40mm x 16mm (RM35)
c) Gam kayu (anggaran RM8)
d) Caulking gun (pistol untuk gam kayu, +/- RM9)
e) Cangkuk Ikea Kartotek (RM79.60)
f) Bracket Ikea Sandshult x 3 pcs (RM22.50)
Cara-cara:
Langkah 1- Ukur ruang yang ingin dibahagikan. Jadikan ukuran panjang bangku sebagai rujukan ukuran para & kayu pembahagi (untuk design ini, panjang Kallax dijadikan rujukan). Gamkan kayu pembahagi ke dinding mengikut kesesuaian dan ukuran ruang.
Langkah 2- Sekiranya ada lebihan gam melekat di dinding, tampal selotep kertas pada kayu pembahagi dan spray di bahagian yang bergam. Tujuan selotep untuk elak bahagian kayu terkena cat.
Langkah 3- Gerudi bracket Sandshult ke dinding dan para.
Langkah 4- Gerudi cangkuk Kartotek di antara kayu pembahagi yang telah digam ke dinding. Untuk design ni, kitorang cuma pakai 4 cangkuk. Cangkuk extra yang terdapat dalam pek dan kayunya kami simpan.
*Ukuran ni didapati sesuai untuk rumah apartment kitorang so kalau rumah korang lebih luas, sila sesuaikan ukuran design dengan keluasan rumah dan pastikan bahan-bahan mencukupi supaya korang tak sakit hati di kemudian hari.
__________________________________
Fasa 2- Buat Bangku Panjang Dengan Alas (RM592.21)
Untuk bangku ni, kitorang ubah suai Ikea Kallax versi satu tingkat, jadikan dia bangku instead of cabinet.
Kallax 42cm x 147cm versi original |
Dan untuk buat kusyen, kami pakai tilam bujang je, alas dengan kayu papan yang dibeli daripada De Woodpanel, stapler dan balut dengan kain canvas (mungkin lebih jelas sekiranya korang tengok dalam video tapi video belum siap, tunggu nahhh).
Bahan yang digunakan untuk buat bahagian ni:
a) Kabinet Ikea Kallax x 1 unit - 42cm x 147cm (RM229)
b) Kayu papan MDF x 1 papan - 1470mm x 390mm (RM15.60)
c) Tilam bujang (sekali postage RM31.61)
d) Kain canvas bercorak x anggaran 2 meter (+/- RM30)
e) Kotak penyimpanan Ikea Kvarnvik x 4 kotak - 32cm x 35cm x 32cm (RM236)
f) Kaki Ikea Capita 8cm x 1 pek ada 8pcs (RM50)
Cara-cara:
Langkah 2- Potong tilam bujang mengikut ukuran kayu papan MDF. Memandangkan tilam aku beli ni agak nipis, maka aku potong dua dan lapiskan dia supaya lebih tebal dan selesa untuk orang duduk.
Langkah 3- Letakkan tilam yang dah dipotong ke atas kayu papan MDF tadi.
Langkah 4- Bentangkan kain kanvas di atas tilam dan balut keseluruhan tilam+papan macam balut hadiah. Stapler bawah papan berbalut agar kain tak terlerai. Maka siaplah papan kusyen untuk lapik bangku Kallax kita!
Langkah 5- Dirikan Kallax yang telah berkaki tu dan letakkan papan kusyen di atasnya.
__________________________________
Fasa 3- Letak Kabinet Bawah & Atas (RM797.90)
Untuk bahagian ni, kitorang hanya pakai dua jenis kabinet Ikea, iaitu:
a) Kabinet Ikea Brusali x 1 unit - 80cm x 93cm (RM399)
Rangka: 80cm x 40cm x 60cm
Pintu: 60cm x 40cm
Untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan barangan Ikea, perlu tahu yang biasanya kabinet Ikea mempunyai harga berasingan untuk setiap komponennya. Contohnya, rangka dan pintu kabinet Platsa berharga RM175 dan RM50 serba satu. Yang segala mak nenek skru dan besi untuk gantung dia pun ada harga lain lagi, so untuk dapatkan kesemua komponen yang diperlukan untuk bina kabinet Platsa ni kena bagitahu pekerja Ikea, dorang akan bantu listkan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sebiji kabinet Platsa berpintu.
Tapi untuk kabinet Brusali mudah sikit sebab semua komponen dah dimasukkan ke dalam satu kotak, so kita tak perlukan bantuan pekerjanya.
Walaupun nampak renyah sikit untuk pemasangan barangan Ikea ni, tapi trust me, kalau korang ikut arahan dia betul-betul senang je sebenarnya. Janji bahan semua cukup. Antara perkara yang kami suka tentang perabot kayu dorang selain tahan lasak dan design yang moden ialah cara pemasangannya yang mudah, lagi-lagi dengan komponen yang terbaru ni, orang perempuan pun boleh pasang sendiri (tapi sis tetap jadi director je, tukang pasang suami jugak hehe).
Tapi kalau korang rasa susah juga nak pasang sendiri then bayar jela Ikea untuk pasangkan. Boleeeeh, bukan tak boleh, hehe. Tak ingat berapa kos pemasangan, anda boleh cek kat website depa.
TOTAL: RM1,580.51
* Versi full video sedang dalam proses penghasilan.
*************************************
NOTA KAKI:
Mudroom ni ada pelbagai versi, korang tak semestinya ikut sebiji macam yang kami buat. Mungkin korang boleh tambah kabinet bertutup di bahagian para tu, atau boleh juga letak storage di atas para. Letak bantal atau buat mudroom berwarna. Eh. macam-macam la!
Ni design-design lain yang menarik untuk rujukan korang, harap membantu :)
1) Mudroom by The Lilipad Cottage
2) Mudroom Inspiration by Kelly In The City
3) Mudroom by Mountain Wood Homes
4) Mudroom by Come Stay Awhile
5) Built-In Mudroom by Just A Girl And Her Blog
6) Mudroom Makeover by Lelaburris
And the list goes on! Menarik dan praktikal kan?
Serius cantik sangat mudroom diy yang awak buat ni. Berkenan tengok. Berbaloi amik masa hampir setahun nak siapkan.
BalasPadamya ampun kreatif betul lah. baru tau apa tu mudroom hehe, terus teringin nak deko2 rumah jugak
BalasPadamBetul lah kalau orang yang kreatif bila mereka tengok sesuatu tu dah tahu apa boleh buat kepada perkara yang baharu dan lebih cantik baguslah tak perlu nak buang-buangkan hurmmm kena belajar ni nak beli pekakas untuk menukang jom...
BalasPadamwah!! serius lawa. Rumah u pun cantik. Suka lah! kalau pandai deko adjust sana sini memang menjadi. Bg inspirasi kat I nak cuba nanti.
BalasPadamYa Allah cantiknya hasil! Yanie bestlah pandai DIY. Ruby tengok kat Pinterest ke Mudroom ni. Tengah plan nak buat kat rumah baru nanti. Tapi tak sangka bleh DIY. Nanti nak tunjuk dekat suami. Sudi tak dia utk DIY. Hahahaha.
BalasPadamFuuuhhh .. tenang sungguh mata memandang , seriously cantik waaakkkkk . Dok ralit tengok gambar dan kagum dengan kegigihan serta kesabaran uolss men'DIY. Berbaloi bila kita dapat usahakan sesuatu dengan hasil tangan sendiri . Sangat berpuasa hati ... ehh macam Sal pulak yang buat kan. Teruskan usaha buat yang lain jugak tau . Sure coming soon ade lagi ni ..hehehe
BalasPadamSerius cantikkk.. Pandai u DIY. Berbaloi la walaupun setahun. By the way, i pun baru tau pasal mudroom ni. haha, sama la melayu totok kan. tapi memang best ada ruang macam ni.
BalasPadamWahb so nice la sis... Nampak kreatif bile DIY sendiri.. Rasa puas hati kan bile buat benda yg kita impikan
BalasPadamGreat idea untuk ubah kabinet menjadi bangku panjang dan sekaligus ada ruang simpanan di bawah tu. Memang sesuai untuk rumah bujang nie.
BalasPadamWaaa cantiknyaaa.. DIY sendiri pun dah macam ada ID dah.. ingat nak tiru gak laa, tapi nak buat kat area lobi Sis.. rimas nengok semua susun dalam bakul jee..
BalasPadamMenarik la sis! So creative and brilliant boleh DIY sendiri jer perabot2 kat rumah! This is good ya! Ala2 one in the world jer.... Unik juga kan!
BalasPadamPerghh lawa betul.. Kalau dh kreatif, tangan suamibpulak jenis senang bertukang semua mejadi.. Bagus sangat sis, harga pun tak sampai 2 ribu. Jimat ni.. Menarik
BalasPadamwah cantiknya buat sendiri je. Kreatif betul. kalau beli customize kat kedai perabot memang mahal :)
BalasPadam