Resipi Basque Burnt Cheesecake Gerenti Jadi!

Hai sis!

Pernah tak korang alami kejadian di mana tiba-tiba ada sanak saudara call bagitau nak datang rumah lalu korang pun dengan kelam kabutnya kemas rumah, sapu sampah, lap meja, basuh toilet, malah transform jadi tarzan jerit kat anak-anak suruh kemas rumah? Pernah tak u ols? Eleh pernah kan, mengaku cepat hihi.

Lepas tu kan, dah kemas rumah baru terfikir, "Eh aku nak masak apa nak hidang kat diorang ni ye?" 

Kah kahhh (ketawa sebab ada pengalaman).

Ok jangan risau, di sini kakak ada satu resipi yang mudah, gerenti menjadi dan bakal memberi persepsi positif kepada tetamu korang nanti. FYI ni pun first time juga aku buat ni, hidangkan kat keluarga besar waktu pot luck haritu, Alhamdulillah ramai suka fuhhh nasib baik😅. Maka terimalah...





Basque Burnt Cheesecake

Resipi ini menghasilkan kek keju Basque yang lembut dan gebu dengan kesan hangit di luar, masak di dalam.

Peralatan:
  • Loyang kek (non-stick)
  • Kertas minyak (baking paper)
  • Spatula
Bahan-bahan:
  • Butter / Mentega (untuk disapu pada bekas)
  • Cream cheese jenama Tatura 250g x 3 bungkus
  • 1/2 cawan gula
  • 6 biji telur gred A
  • 2 cawan krim masakan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perisa vanila
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • Buah-buahan dan gula icing (untuk hiasan)
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese dan gula dengan kelajuan sederhana rendah sehingga sebati (tiada ketulan gula kelihatan) lebih kurang 2 min.
  2. Tingkatkan kelajuan dan campurkan telur sebiji demi sebiji. 
  3. Kurangkan kelajuan dan tambahkan krim masakan, garam dan perisa vanila. Pukul hingga sebati dalam 30 saat.

  4. Basque Burnt CheesecakeTambah tepung gandum ke dalam adunan dan kacau sebati dalam 15 saat. Pastikan semua sisa tepung di spatula dan seluruh mangkuk digaulkan bersama dan teruskan memukul adunan sehingga membentuk adunan yang halus dan sebati (dalam 10 saat).
  5. Panaskan oven selama 30 minit. Sapu mentega ke dalam loyang dan letakkan baking paper. Pastikan baking paper disusun dengan ketinggian melebihi loyang tersebut (lebih kurang 2 inci lebih tinggi). Boleh lipat baking paper secara 'pleated' dalam loyang tersebut supaya lebih kemas.

  6. Basque Burnt CheesecakeTuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Bakar cheesecake pada suhu 230°C selama 30-35 minit, sehingga permukaan kek berwarna perang gelap dan bahagian tengah kek masih kelihatan lembut dan 'jiggly'. Cuba goyang loyang dengan lembut, tengok kek gegar-gegar ke tak. Kalau gegar gedik-gedik tu kira masak dah.
  7. Biarkan ia selama 2-3 jam pada suhu bilik sebelum dihidang. Bahagian tengah kek akan kelihatan mendap sedikit ke bawah.
  8. Hiaskan dengan buah-buahan dan gula icing.
Nota:
  • Jangan panjangkan masa membakar supaya kek tidak terlebih masak hingga menyebabkan bahagian dalam kek jadi berketul-ketul.
  • Bahagian rentung atas tu akan menjadi semakin gelap selepas dikeluarkan dari oven, so jangan risau kalau kek tak berapa gelap lepas bakar setengah jam tu.
  • Kek boleh disimpan di dalam peti ais sebelum dihidang atau boleh juga dihidang pada suhu bilik, mengikut selera anda

Bahan-bahannya agak mudah didapati

Untuk lebih instagramable atau saje nak tayang bakat kat mak mertua, boleh lah hias cantik-cantik mengikut cita rasa sendiri hehe :)

My Basque Burnt Cheesecake time ni tak sempat nak disejukkan sebab tetamu dah sampai, so dia nak mendap kat tengah tu pun tak sempat 😂

Selamat mencuba!

Ulasan

  1. Selalu nampak burnt cheesecake kat kedai. Harga dia selalunya mahal sikit drp cheesecake biasa. Mesti rasa pun lagi sedap kan?

    BalasPadam
  2. bahan2 dia sikit je. tapi kat kedai tu mahal gila lah. baik buat sendiri. hari tu tgk khairulaming buat nampak mcm senang

    BalasPadam
  3. Ok. Yang nie Rawlins prefer to beli and makan sebab memang takde kesabaran nak menunggu hahaha. Pengalaman begitu? Memang ada - sudahnya daku order online je hahaha

    BalasPadam
  4. aida ada 1 resepi. ada share kat blog. sekali buat terus jadik! best nyer lah... memang betul senang ekk bcc ni rupanya.
    bahannya premium and kejadian kek pun marveles. aida kalu buat, bertahan la 4-5 hari utk tea time sekeluarga. masukkan dlm bekas dan letak dalam peti ais bebaik.
    tq for sharing ni, yanie. nanti da dpt lepas rentas daerah, nak beli cheese philadelphia. tu yg paling sedap pada aida. sini-sini tak de yg jual :( makan sendiri, nak la skit rasa premium kan hi hi hi hi...

    BalasPadam
  5. saya dari dulu memang teringin nak cuba makan & buat burn cheesecake ni, tapi memang tak ada masa nk buat. hehe nak cari bahan tu dah satu hal pulak :) apa2pun memang nampak sedap :)

    BalasPadam
  6. cantik betul kejadiannya. teringin nak buat tapo tu la kat rumah ni saya sorang je yang makan kek haha, so better beli je la

    BalasPadam
  7. Selalu macam tu...memang penat betul rushing kemas bagai. Sedapnya nampak basque burnt cheese cake ni. Lama tak baking

    BalasPadam
  8. Wahhhh semua bahan ada kat rumah ni.. boleh try buat juga la.. Confirm makan sampai puas.. :)

    BalasPadam
  9. Cantik betul kejadiannya. Presentation dia menarik sangat. Pernah buat. First time buat menjadi.

    BalasPadam
  10. Wowww menarik plak bila deko atasnya macamtu, biasa siap je terus makan... nanti nak buatlah giniii.. sedapnyaaaa

    BalasPadam
  11. Buent Cheese Cake ni boleh buat guna air fryer jugak kan? Ke saya silap? Hahaha. Saya suka tau makan kek ni tapi tak pernah lah buat atau beli. Selalunya orang kasi sebagai hadiah.

    BalasPadam
  12. Haritu adik nur buat burnt cheesecake tak jadi. Boleh laa nur forward resepi yanie dekat dia. Gerenti jadik. Kalau tak jadi jugak, dia kena mandi bunga hahaha. Tq share resepi :)

    BalasPadam
  13. Fuhhh sedapnyaaa!!! Ruby nak cuba buat dr PKP 1 hari tu tak buat-buat. Nak guna air fryer. Tengok semua org buat menjadi. Pleated kertas parchment kat loyang tu kena belakar. Mcm gagal je. Hahaha. Esok nak cari bahan dan kita blender semua. Kikiki. Doakan menjadi!

    BalasPadam
  14. cantik ya your BASQUE BURNT CHEESECAKE! I also bake a lot of BASQUE BURNT CHEESECAKE during stay home time but didn't decorate it

    BalasPadam
  15. Ok xpernah buat.. Nnt kita try buat... Lama xmkn kek ni

    BalasPadam
  16. Mudah je ye cara nak buat tapi kan..yang mudah tu pun Sal tak penah try . Hehehe..sabar jela kan . Tengok orang buat kejap dah siap ha !! Ok , kita sahut la cabaran nak buat gak

    BalasPadam
  17. Wah wahhh cantik nyer basque burnt cheesecake yanie ni, thanks for sharing this recipe.

    BalasPadam
  18. ohh woow....I mmg wanna do burnt cheesecake, can I use your recipe here to bake with my air fryer? cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  19. Ok kena simpan resepi nih buat rujukan akan datang bila dah beli air fryer. Oven ada tapi dah lama tak guna. Memang nampak sedap dan menyelerakan . Boleh dah ambik order kalau macamni cantik dia punya kejadian dengan hiasan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular