Overnight Oat- Betul Ke Boleh Kuruskan Badan? Review Dan Idea Sihat Di sini


Hai gais, lama tak menulis dek kekangan masa. Harap-harap bakat menulis masih wujud la hendaknya.

Sepatutnya post terbaru aku ni berkaitan resipi makanan yang 'berdosa', tapi disebabkan resipi tu memerlukan aku untuk edit video maka kita tukarlah kepada resipi makanan sihat ni eh, hehe.

Aku sebenarnya baru je berjinak-jinak makan overnight oats ni, so dalam temoh tu aku buat la sedikit research untuk resipi overnight oats yang sihat.

Melalu pencarianku, didapati most of overnight oats yang nampak menyelerakan dalam internet ni mengandungi 300-450 kcal kalori, which means kalau kita sedang melalui fasa diet kalori, menu yang sepatutnya sihat dan selamat ni tak berapa selamat lah untuk kalori kita kalau nak pakai untuk sarapan atau dinner ๐Ÿ˜‚

Err sihat tu sihat, tapi itu pun bergantung juga kepada jenis oat yang dipakai dan isi kandungan overnight oats tu.

Kadang kita ni main belasah je letak apa benda yang ada dalam peti ais kan?

Aku tak berani la kata kaedah tu salah sebab aku bukanlah seorang nutritionist, tapi melalui bacaanku yang serba kekurangan ni, antara cara untuk kita pastikan overnight oat kita tu sihat dan kurang kalori ialah:

  • Pakai rolled oat yang original (kalau boleh elak pakai yang jenis instant atau cepat masak)
  • Pakai jenis susu rendah lemak, susu kekacang atau yogurt berperisa asli.
  • Jangan tambah terlalu banyak manisan (gula, madu, etc). Kalau boleh tahan dengan rasa senyap sunyi oat tu lagi bagus.
  • Ni paling penting sekali: Kawal jumlah kekacang dan buah kering yang digunakan dalam oat.
Tahukah anda, buah-buahan kering yang diproses mengandungi gula tambahan, manakala segenggam kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi so jumlah yang disarankan sehari hanyalah beberapa biji je. Tapi selain daripada tu ianya menyehatkan dan sumber protein yang tinggi, so untuk selamat, biasanya aku mix dan potong halus-halus kekacang ni dan tabur-tabur je sikit. Same goes to dried fruits, letak sikit je bagi rasa.

"Kekacang mengandungi lemak sihat dan pelbagai mikronutrien"
(Prof Rachel Brown, Universiti of Otago, NZ).

Ops, cakap pasal kekacang ni aku saje nak share sikit tentang biji aprikot. Aku rasa benda ni sangat-sangat penting sebab aku rasa orang kita kurang kesedaran tentang biji aprikot ni.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, US Food & Drug Administration (FDA) Poisonous Plant Database telah mengaitkan biji aprikot dengan keracunan sianida. 
Bahasa kampungnya, biji aprikot didapati mampu menyebabkan keracunan makanan sekiranya dimakan secara berlebihan. Maksimum hanya 3 biji sehari (saranan hanya sebiji sehari), dan yang buatkan aku gusar sedikit sebab biji aprikot ni kalau dibeli di kedai, kadang-kadang diorang selamba je campur dengan kekacang yang lain dalam satu balang (kami pernah terbeli di Mahnaz). Kalau dah bercampur tu jarang lah kita nak makan sebiji sehari betul tak? Dah lah rupa dia hampir sama dengan kacang almond, sudahnya kami terpaksa keluarkan semua kekacang tu dan asingkan mana-mana kacang yang berbentuk seperti almond nut. More info pasal ni boleh klik link berikut: 
https://www.healthline.com/health/can-apricot-seeds-treat-cancer#warnings
Biji aprikot (sumber: NY Spiceshop)

Eh jauh pula cerita pasal kekacang ni sampai lupa pasal resipi overnight oats yang beriya nak cerita tadi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Apa-apa pun berhati-hati dalam memilih toppings untuk overnight oats ya.

Ok gais, feast your eyes & tolong baca nama resipi di bawah dengan berlapang dada haha:


6 IDEA OVERNIGHT OATS YANG SIHAT
Cara buat:
Campurkan oats dan chia seed. Tambah susu dan kacau. Lepas tu baru tambah isi lain (toppings) di atas.
Boleh tambah sedikit manisan (stevia, gula kabung, madu atau maple syrup) tapi pastikan jangan berlebihan takut terlebih kalori.
Aku biasanya takkan tambah manisan sekiranya dah masukkan buah yang manis / kismis.

1) Avocado Fun (Avocado+Pisang kaki+Blueberry)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak
- Avocado dipotong dadu
- Pisang kaki dipotong dadu
- Beberapa biji blueberry
- Sedikit kekacang (ditabur)

2) Pink Banana (Pisang+Buah Naga+Kismis)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak
- Buah naga dipotong dadu
- Pisang dipotong kecil
- Beberapa biji kismis
- Sedikit kekacang (ditabur)

3) Apple & Mango Pie (Epal+Mangga+Yogurt)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 cawan susu rendah lemak
- 1 1/2 sudu besar yogurt asli
- Epal manis dipotong kecil
- Mangga dipotong dadu
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- Biji labu (pumpkin seed- ditabur)

4) Pearl & Ruby (Delima+Blueberry+Pisang Kaki)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak
- Biji delima
- Beberapa biji blueberry
- Beberapa biji kismis
- Pisang kaki dipotong dadu
- Sedikit kekacang (ditabur)

5)  Raisin' Dragon (Buah Naga+Avocado+Kismis)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak
- Buah naga dipotong dadu
- Avocado dipotong dadu
- Beberapa biji kismis
- Sedikit kekacang (ditabur)


6) Tropical Nuts (Pisang+Mangga+Kekacang)

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rolled oat
- 1 1/2 sudu besar chia seed
- 1 1/2 cawan susu rendah lemak
- Mangga dipotong dadu
- Pisang dipotong kecil
- Kekacang (dipotong & ditabur)


My Personal Experience
Selepas seminggu aku amalkan benda ni hanya untuk sarapan, aku jadi malas nak makan malam๐Ÿ˜‚ Dia punya kenyang tu kan fuhhh.. Actually kalau letak rolled oat tu sahaja kenyang biasa-biasa je, tapi bila aku tambah chia seed & kekacang tu kenyang jadi lama pula. 

Bagi yang follow diet journey aku kat link ni mesti tau menu diet aku kena ada snacking supaya lama kenyang. Tapi tu lah, bila dah start makan overnight oats ni aku dah tak perlukan snack pula sebab kenyang tu extra extra lama (sampai lunch time) dan buah-buahan pun kita dah makan situ, so bagi aku agak jimat masa la juga sebab aku dah tak perlu snacking. Kadang tu bila dah lunch, kenyang jadi lebih lama sampai kadang aku cuma makan biskut jacobs (fiber) tu je untuk dinner huhu. Tak sure la jadual macam ni bagus ke tak tapi so far Alhamdulillah berat maintain dan turun la juga kadang tu hehe.

Overall I'm very happy amalkan menu ni & hopefully boleh teruskan lagi. Suami dan anak-anak pun suka, so moga kami istiqamah la hendaknya ๐Ÿ˜ Sedap pun sedap, cuma kena berhati-hati sikit dalam memilih toppings. Highly recommended guys!

So kalau ada resipi lain aku akan tambah dalam artikel ni sekiranya berkelapangan. Till then, enjoy your oats! :)

Ulasan

  1. Saya dah amalkan overnight rolled oats ni dalam sebulan macam tu tapi satu fakta yang orang selalu cakap yang saya rasa tak tepat (at least untuk diri saya), tak kenyang lama pun bila buat breakfast atau sahur. Tahan 2 3 jam je, lepas tu kebuluq macam tak makan pape. Perut berbunyi. Saya hairan orang dok kata kenyang lama. Tapi saya tetap amalkan sebab ni je la option sarapan yang sihatkan untuk turun berat badan dan saya memang maintain turun berat setiap minggu, so saya teruskan saje

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular