Review kafe The Buzz, Premiere Hotel Klang: Nasi Kerabu Bakar & Kacang Pool Kambing Yang Menggoda Selera!


Hai gais, pernah terfikir nak makan di hotel tapi rasa takut dengan harga kayangan?

Pernah makan di kedai XXX, harga macam fine dining tapi perut tak kenyang? 

Hehe I feel you, bukan selalu kita boleh jumpa port makan yang premium dan memuaskan hati kan? Orang kata langit tak selalu cerah, ewaahh!

Alhamdulillah 2 hari lepas aku berpeluang untuk merasa sendiri antara signature dish di Premiere Hotel Klang, Bukit Tinggi, Klang yang terletak hanya beberapa minit dari rumah bonda :)

Sampai ke harini masih kenyang sebab tu baru nak start menulis hahahah.

It's an interesting foodie spot to review, so here goes:

_________________________

Sesampainya aku di kafe The Buzz, Premiere Hotel tu aku disambut penuh mesra oleh kakitangan diorang, what a good start :)


Perkara pertama aku buat ialah aku tala kamera, lol 😂 Susunan hiasan signature dish tu cantik sangat, aku kena ambik gambar haha.

Waktu aku sampai tu jam 1:30pm (hari bekerja) dan suasana sangat tenang, tak ramai sangat orang so agak selesa bagi aku. 

Menu utama The Buzz bulan ni adalah Nasi Kerabu Ayam Bakar maka kami pun memulakan suapan pertama dengan lafaz Bismillah...


Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Premiere Hotel, Encik Shamsul Faris, hidangan utama mereka kebanyakannya dihidangkan dengan portion yang seseuai dimakan oleh 2 orang.
Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Premiere Hotel, Encik Shamsul Faris, hidangan utama mereka kebanyakannya dihidangkan dengan portion yang seseuai dimakan oleh 2 orang

....dan Alhamdulillah ternyata Nasi Kerabu nya sesedap indah paras rupanya 😁

Nasi nya tak kering sangat, lembut dan tak muak. Ayam bakarnya begitu lembut dan juicy, ternyata sentuhan ketua chef, Chef Hisham ini tidak mengecewakan. Menurut Chef Hisham, ayam bakarnya direbus dalam air rebusan berempah terlebih dahulu sebelum dibakar, sebab tu rasa dan teksture nya begitu menyelerakan. Pewarna nasi yang digunakan juga adalah pewarna asli daripada sumber bunga Telang, manakala sambalnya tidak terlalu pedas, menjadikan ianya sesuai dimakan oleh semua golongan-- kecik, tua, orang Malaysia, orang putih, semua boleh makan tak de masalah hehe.

Ops, paling aku tak boleh lupa adalah saiz hidangannya. MasyaAllah, portion 1 pinggan yang diberikan adalah sesuai untuk 2 orang, mana tak kenyang aku sampai hari ni ahaha. Waktu kami terima pinggan masing-masing tu aku agak terkejut juga, garu kepala macam mana nak habiskan 😂 Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak (burp).

Menu signature seterusnya yang kami cuba adalah Arabian Braised Lamb Stew With Garlic Bread & Nacho, atau dengan bahasa mudahnya Kacang Pool versi kambing. Aku tak terkejut kalau ini merupakan kepakaran Chef Hisham yang berasal dari Johor dan mempunyai 30 tahun pengalaman sebagai chef sebab menu ni memang the best! Suami aku yang asalnya tengah bad mood disebabkan urusan lain kami sebelum tu tiba-tiba boleh good mood lepas makan sajian ni hahaha punya sedap tu kan. 

Apa yang aku boleh cakap pasal menu ni ialah ianya sangat, sangat lazat dan berbaloi dengan harganya! Bayangkan, daging kambing tu dipotong kecik-kecik dan dimasak sehingga lembut, dimakan pula dengan nachos dan garlic bread, which aku rasa gandingan yang betul-betul mengasyikkan and lain daripada yang lain! Menurut Chef Hisham, beliau memang suka infuse kepelbagaian dalam masakannya untuk mencipta kelainan berdasarkan pengalamannya menjadi chef di pelbagai hotel di dalam dan luar negara. Dan sekali lagi, aku sukar menghabiskan sajian ini disebabkan portionnya yang terlalu besar 😂😂 Tapi seriously memang sedap!

Untuk pengetahuan anda para pembaca, hidangan signature dish di The Buzz, Premiere Hotel Klang ini sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di sekitarnya. It is truly a gem in the city, sebab kualiti makanannya begitu berbaloi dengan harga, rasa dan hidangannya, serta layanan VIP yang diberikan oleh staff di sini.

Selain Nasi Kerabu dan Braised Lamb ni, antara hidangan popular di The Buzz adalah Ikan Bakar (tarikan pada sambal), Kuey Teow Goreng dan Asam Pedas Salmon. 

Menu lain yang terdapat di sini
Menu lain yang terdapat di sini

Sebagai penutup, kami disajikan dengan pelbagai variasi Kuih Bulan halal yang of course, sedap (aku sememangnya penggemar Mooncake hehe)! Mooncakes ni sekarang sedang dibuka untuk tempahan juga ya guys, ada banyak flavor seperti perisa kacang hitam, telur masin, durian dan lain-lain.

Overall aku bagi markah 9/10 untuk tempat ni tapi aku nak tambah lagi 1 point sebab diorang sangat mengutamakan status halal.  Menurut Chef Hisham yang begitu peramah ni, status halal tu sangat penting sebab JAKIM sentiasa datang buat pemantauan dan paling aku suka ayatnya bila beliau kata "nanti nak jawab apa kat sana?". That my friends, is a genuine decent statement of what he is doing for a living, and I applaud him for that, stay true Chef!

Kesimpulan yang aku dapat setelah mencuba sendiri hidangan di sini ialah, makanannya begitu sedap, berkualiti dan berbaloi dengan harganya. InsyaAllah kami akan datang ke sini lagi untuk cuba hidangannya yang lain, dengar kata menu lain tu sentiasa dapat sambutan, wow.

Untuk anda yang ingin mencuba sendiri Nasi Kerabu Ayam Bakar (RM18) dan Arabian Braised Lamb Stew With Garlic Bread & Nacho (RM25) pada harga promosi ini, anda boleh dapatkannya di The Buzz, Premiere Hotel Klang yang terletak bersebelah dengan Tesco Bukit Tinggi. 

Menu ini hanya terdapat dari bulan September dan Oktober 2020 je tau, jadi kalau nak rasa kena cepat-cepat ke sana atau tempah menerusi food delivery yang juga available menerusi aplikasi Food Panda:

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi: +6033325 6828 / +603 3325 6800

atau 

email kepada: fnb@premiere-hotels.wct.my

atau Whatsapp kepada: 012-449 6258


Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular