DIY Tanaman Hidroponik Pakai Bahan Di Rumah Je!


 Alhamdulillah, walaupun busy sikit minggu ni aku tetap semangat menulis harini bila tengok ramai silent reader blog yaniepedia hehe.

Without further due, harini aku nak share cara membuat tanaman hidroponik secara DIY, pakai bahan yang ada di rumah je. Kebetulan kat rumah ada papan plastik ni dan cawan plastik yang biasanya orang buat dadih tu. Aku ni pula tak sabar-sabar nak menanam, so pakai jela cawan tu.

* Ikutkan korang boleh je beli cawan hidroponik tu kat shopee atau kedai hardware, sebiji baru 80 sen. Ni gambar cawan tersebut:



BAHAN-BAHAN HIDROPONIK:



1- Bekas yang boleh tampung air (tiada lubang di bawahnya)
2- Filter wool (span yang biasa digunakan untuk akuarium) atau rock wool atau span.
3- Papan polisterin (atau apa-apa papan yang ringan, kalis air dan boleh ditebuk dengan mudah. Waktu projek ini dilaksanakan, aku cuma pakai papan plastik biru kalis air yang boleh didapati di kedai buku)
4- Cawan hidroponik atau cawan plastik (atau apa-apa bekas kecil yang diperbuat datipada plastik dan kalis air)
5- Baja AB (atau apa-apa baja lain yang available di rumah)
6- Biji benih yang berkualiti 


LANGKAH 1: Potong papan polisterin
- Berdasarkan saiz bekas yang korang gunakan, potong papan polisterin tersebut. Papan ini nanti kita akan jadikan sebagai penutup bekas, so potong ikut bukaan atas bekas.




LANGKAH 2: Lakar saiz tapak cawan
- Letakkan cawan-cawan di atas papan polisterin yang telah dipotong (pastikan bukaan cawan dihadap ke atas seperti gambar). Lakar bulatan di atas polisterin, di sekeliling tapak cawan.
- Pastikan lakaran tersebut adalah besar sedikit (anggaran 0.1cm) daripada saiz sebenar tapak cawan.



LANGKAH 3: Potong mengikut lakaran
- Potong polisterin di bahagian bulatan yang dilakar.



LANGKAH 4: Tebuk lubang pada cawan
- Letakkan kesemua cawan yang bakal diisi ke dalam lubang di polisterin untuk menganggar sedalam mana cawan akan dimasukkan nanti.
- Lukis garisan pada cawan, di mana cawan akan mula ditenggelamkan ke dalam air.






- Dengan menggunakan skrudriver yang hujugnya telah dipanaskan di atas api (pakai lilin) atau sekiranya mempunyai pematri, tebuk lubang pada cawan ini di bawah garisan yang ditanda tadi.
- Pastikan lubang terbesar dibuat di tapak cawan.






LANGKAH 5: Buat medium menggunakan wool / span
- Potong filter wool sepanjang lebih kurang 7cm.
- Sekiranya anda pakai wool / span macam yang ku pakai kalini, carik-carik sikit wool tu bagi kurang padat, supaya bila sayur tumbuh akarnya boleh melalui celah-celah wool untuk sampai ke air.
- Masukkan wool ke dalam cawan dan tarik sedikit melalui lubang di tapak cawan agar lebihan wool berada di bawah cawan.







LANGKAH 6: Taburkan beberapa biji benih dalam cawan
- Gunting sedikit lubang kecil dalam wool yang berada dalam cawan.
- Ambil 3-5 biji benih yang berkualiti dan taburkan ke dalam lubang pada wool dalam cawan tersebut.
- Masukkan cawan-cawan berisi biji benih+wool ke dalam papan berlubang tadi.



LANGKAH 6: Susun
- Isi air ke dalam bekas.
- Tambah baja ke dalam air (mengikut arahan penggunaan baja yang digunakan).

Kakak pakai baja humus jer tu yang air berwarna keruh
- Tutup bekas tersebut menggunakan papan berisi cawan+biji benih tadi.
- Letakkan di bawah sinaran matahari dan tunggu sehingga 28 hingga 34 hari (atau lebih, bergantung kepada jenis tanaman) sebelum boleh menuai hasil :)

Siap!
______________
PENTING!

* Biji benih perlu disimpan di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari untuk mengelakkannya rosak. 
* Untuk memastikan tanaman tumbuh dengan jayanya, beli benih baru sekiranya biji benih yang ada sudah lama.
* Basuh bekas secara berkala untuk mengelakkan pembiakan lumut dan nyamuk.

______________



As you can see aku cabut anak pokok yang lebih kecil dan tinggalkan sepokok sahaja dalam cawan supaya dia dapat membesar lebih mudah. Tapi ni optional, takyah buat pun takpe kot.





MOHON JANGAN ULANG KESILAPAN AKU👇

* Ikutkan bayam bulat hijau ni dah boleh dituai pada minggu ni tapi mungkin sebab aku tak berapa jaga (tak cuci bekas dan lumut) sebab busy sangat minggu ni dan baja yang dipakai kurang sesuai agaknya, pertumbuhan bayamku nampak sedikit terbantut di situ hehe. 

* Wool juga didapati telah berlumut setelah lama terbiar tanpa apa-apa pertumbuhan apabila aku pakai benih yang dah rosak sebelum ni (aku pakai wool yang sama untuk tanam benih seterusnya). So aku rasa itu juga antara penyebab sayurku terbantut 😂 

Ni sayur yang ku tanam seterusnya. Sawi. Alhamdulillah lebih menjadi selepas belajar dari kesilapan 😅

Anyway, sekian, moga bermanfaat, selamat berkebun dan selamat menikmati hasilnya :)

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular