8 Kedai Makan Marhaen (Bukan Hipster) Yang Best Pilihan Orang Shah Alam!


Assalamualaikum gais, perasan tak kalau korang Google je 'tempat makan best di Shah Alam', kebanyakan list yang diberi adalah tempat makan hipster yang tak berapa sesuai dengan poket kita?

Hahaha tula yang aku orang Shah Alam ni rasa, sakit pulak ati bila search, dorang aseklaa dok promote kedai makan mahai-mahai yang orang kata 'instaworthy' namun kenyangnya tak jugak *roll eyes. Yela, hipster tak semestinya sedap, betul tak?

So kepada anda yang jarang mai Shah Alam- datang sini untuk bercuti bersama keluarga besar, nak cari port makan makanan Melayu, harga berpatutan, takat nak mengenyangkan perut (bukan nak amek gambar untuk IG semata-mata), makanan sedap dan berkualiti, tempat bersih, ada atuk nenek yang kepingin makan kuih-muih Melayu macam kat kampung... then here goes my personal list:


8. CILI MERAH


Ni antara tempat makan favorite my father-in-law. Aku memang trust taste abah mertua ni sebab dia cerewet sikit bab makan-makan ni hehe.



A thing about Cili Merah ni dia ada banyak pilihan masakan Melayu, kuih-muih dan ABC yang berasa la jugak (tak semua ABC 'berasa', ok!).


Lagi satu restoran Cili Merah ni agak luas, siling tinggi, so kepada yang nak makan beramai-ramai, tempat ni agak selesa.

Makanan special kat sini aku kurang pasti, tapi yang penting hidangannya berkualiti dan tersusun. Di hadapan restoran ni juga ada banyak food truck dengan pelbagai makanan sedap (start tengahari), so kira 2-in-1 la kalau makan kat sini sebab banyak pilihan kan :)


7. EHSAN'S


Ok fine yang ni bukan Melayu, tapi bagi la can pada mereka yang teringin nak makan roti hehe. Aku suggest ke Ehsan's ni sebab sini bukan je selesa dan ada 'scene', tapi makanan dia pun ada umpph!


Dan disebabkan itu restoran ni selalu ramai orang, tapi meja sentiasa mencukupi so don't worry. Ehsan's ni juga merupakan port favorite artis-artis yang biasanya ada show kat dewan auditorium kat bandar nun, so kalau korang bernasib baik dapatlah makan sebelah-sebelah retis kat sini haha.

Haaa... Cuba teka siapakah gerangan wanita di belakang itu?
Klu: artis popular zaman 80-an
Anyway, kat Ehsan's ni makanan special dorang adalah Naan Cheese dan Murtabak Singapore yang padu dengan cheese (yummeh!). Tapi dua menu ni available bermula dari petang sampai malam je tau, siang takde. Tapi untuk menu special macam ni janganlah expect harganya bawah RM10 pulak 😂.



Ok other than that, makanan tengahari (bermula jam 11 pagi) ada Nasi Kambing Harimau Menangis, yang ni aku bagi 4 bintang sebab sedap dan berpatutan, hehe i like!


Pada waktu malam ada buskers di tepi Ehsan's ni so memang layan la makan sambil dengar live band.


6. MAWADDAH


Mawaddah ni biasanya jadi port lepak pakcik makcik yang baru balik solat subuh. Macam mana aku tau? Sebab kalau korang pergi sarapan sini awal pagi korang akan nampak pakcik makcik berkopiah bertelekung makan sini, so ni kira trademark restoran ni la hihi.

Yang best kat Mawaddah ni adalah selain pelbagai choice of Malay food, kuih-muih dan kerepek, harganya juga sangat reasonable. Kat sini juga ada roti canai Melayu gerai-gerai yang menjual paratha+kuah kambing, sate dan apam balik.








5. CERIA


Kepada anda yang mencari nasi lemak + ayam goreng sedap, aku akan suggest restoran Ceria ni sebab ayam goreng dia sentiasa menjadi rebutan haha. Aku tak tau la macam mana nak explain, tapi ayam dia tu macam kena je dengan rasa nasi lemaknya tu.


Selain nasi lemak, Ceria juga menyajikan kuih-muih Melayu, roti canai dan favorite aku-- kuih cakoi dan pau goreng.




Restoran Ceria ni kalau korang tengok dari luar nampak biasa je pun, tapi sentiasa ramai orang. Kalau dah ramai pelanggan tu ko paham-paham sendiri jela.


4. FAHMI CHAR KUEY TEOW


Fahmi CKT ni ada dua cawangan: satu kat Seksyen 17, satu lagi kat Seksyen 19.


Nama je Char Kuey Teow, tapi macam-macam menu lain yang sedap-sedap belaka juga dijual di sini.
Menariknya Fahmie CKT ni, menu char kuey teownya juga pelbagai-- char kuey teow kerang, ketam dan yang paling special dan menjadi kegilaan kitorang ialah char kuey teow kambing! Weeeee... sedap oi, tak terpikir la pulak nak makan char kuey teow dengan kambing tapi sekali dah rasa terus melekat hihi!





Ok menu lain yang sedap kat sini: keropok lekor cheese, roti john (yg padat dengan daging) dan terbaru, mentarang bakar (only at cawangan Sek 19).


Bonus tambahan kat sini, u ols juga boleh claim untuk HIDANGAN FREE sekiranya hari tersebut adalah your birthday! Dorang juga ada buat membership card, so setiap kali korang makan sini boleh cop & claim hadiah makan free. Menarik kan?


3. HATINIE


Aku jarang ke Hatinie ni sebab ramai sangat orang tapi this place deserves a rank here.




Belum pernah lagi aku tengok tempat ni takde orang / sikit orang yang makan, restoran dia ni sentiasa penuh manjang, which is why aku prefer pergi makan tempat lain. Tapi to be honest, makanan sini sangat-sangat pelbagai, ranging from lauk campur yang sedap-sedap, sate, makanan pantai timur (nasi kerabu), makanan siam (miang kham), kuih-muih, pelbagai dessert Melayu, buah-buahan dan produk-produk makanan hasil Bumiputra.



Makanan dia memang boleh tahan, sedap dan berkualiti. Malangnya restoran sentiasa penuh so kalau nak ke sana untuk breakfast kena pergi awal pagi, especially on weekends!

Ni lah keadaan Hatinie sekiranya anda berada di sini pada pagi hari minggu. Scary woiii, susah nak dapat parking!


2. NASI KUKUS SOTONG BESAR

NKSB cawangan Klang. Yang ni boleh tahan dekat juga dengan Seksyen 7, Shah Alam walaupun terletak di Klang tapi u ols boleh je ke cawangan satu lagi di Kota Kemuning :)
NKSB ni tak pernah mengecewakan... Ewah baru 2, 3 kali pergi poyo je aku haha.
Maksud aku nasi kukus kambing bakar dia memang aummmm sgt, tak pernah tak sedap hehe.


Tu menu special kat sana selain sotong besar. Selain dari tu ada juga nasi lemak kukus ayam berempah, nasi kerabu sotong besar dan lain-lain.



Anda juga boleh buat order melalui online sekiranya berada di restoran tu (kalau malas nak beratur), tapi hat ni aku belum pernah cuba buat la. Depa yang tulis situ boleh order online so kalau korang nak try silakan :)


U ols boleh tengok full menu NKSB di laman web dorang, memang mengancam abessss...

Cawangan NKSB di Shah Alam yang terletak di Kota Kemuning.
Kredit foto: Nurul Chumel


1. AZIRA







Azira! Aku paling suka kedai makan yang ni sebab semuanya best di mata aku, lagi-lagi semenjak dorang dah tambah keluasan kedai sekarang! Ni points utama kenapa Azira pilihan utamaku:

- Makanan semua sedap, tersusun dan berkualiti.
- Pelbagai pilihan makanan: kuih-muih, nasi berlauk, nasi ayam, sate, roti canai, mee rebus, mee kari, segala mee dan macam-macam lagi la!
- Pelayan yang efisien.
- Harga berpatutan.
- Kedai bersih.






As I mentioned earlier, makanan kat Azira ni semuanya sedap di tekak aku, jarangla tak sedap.
Paling aku suka: nasi ayam, roti kosong, mee kari, nasi lemak sambal paru, serabai dll.

Azira ni kedudukannya berdekatan dengan Hatinie, so korang boleh pilih nak makan kat mana. Dan sekiranya korang nak makan on weekend pagi, sila ke sana dengan kadar segera di awal pagi hari untuk mendapatkan tempat letak kereta dan meja makan :)
-
-
-

Sekiranya korang ada idea tempat makan menarik di Shah Alam sila komen di bawah. Aku nak serbu nanti haha!

*List akan sentiasa di update dari semasa ke semasa sekali dengan lokasi. Stay tuned!

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular