Resipi Pai Labu

pencuci mulut pumpkin pie pai labu

"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu," 
(Surah Ash-Shaffat, ayat 146)


Selain disebut dalam Al-Quran, sayur labu juga merupakan antara makanan sunnah kegemaran Rasulullah s.a.w.

Dari kulit hingga ke biji labu, terdapat banyak khasiat yang boleh kita manfaatkan. 


Sumber: Quora

Orang demam disarankan makan sayur labu dan itulah penyebab suami aku request nak makan labu hari tu - sebab dia demam. 


Untungnya sayur labu ni besar dan murah, serta boleh dimasak dengan pelbagai cara.

Di sini aku share resipi buat pai labu (pumpkin pie) yang sedap. Kalau rajin boleh lah korang hidangkan untuk minum petang atau ketika kenduri-kendara sebagai kelainan kan 😊



RESIPI PAI LABU 'GET-WELL-SOON' VERSI CHEF YANIE


Are you ready bebeh?

Ok kalau dah ready, boleh la sediakan bahan-bahan untuk buat pie crust dan isi labu, seperti di bawah:


bahan-bahan pencuci mulut pumpkin pie pai labu


CARA BUAT KULIT PAI

1- Gaulkan kesemua bahan kering: tepung, gula dan garam.

2- Masukkan bahan-bahan sejuk: mentega dan vegetable shortening.

3- Uli kesemua bahan pakai tangan yang bersih sehingga kesemuanya bergaul mesra (menjadi kepingan serbuk tepung)

4- Tambah air sejuk dan uli sehingga menjadi doh yang mudah dibentuk. Sekiranya doh masih melekit, tambah sedikit tepung dan uli sehingga doh cantik terbentuk :)

5- Belah doh menjadi dua bahagian dan balut menggunakan plastik wrap. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.

* Sementara menunggu doh boleh dipakai, siapkan inti pai.


CARA BUAT INTI PAI


bahan pencuci mulut pumpkin pie pai labu

1- Belah labu dan potong isinya. Isi labu seterusnya direbus sehingga lembut dan dilenyek-lenyekkan untuk menghasilkan puri (skip step ini sekiranya korang dah ada puri labu yang dibeli di pasar raya)


labu


2- Pukul telur di dalam mangkuk besar. 

3- Tambah gula perang, gula putih, garam, serbuk kayu manis dan hirisan kulit lemon. Gaulkan.

4- Masukkan puree labu dan susu sejat, seterusnya kacau.

5- Masukkan pula tepung jagung dan gaul sebati. 

6- Masukkan campuran ke dalam periuk dan panaskan di atas api selama lebih kurang 5-8 min, atau sehingga campuran menjadi likat. 





CARA-CARA BUAT PAI LABU

1- Keluarkan doh daripada peti sejuk dan uli sehingga nipis untuk menjadikan kulit pai.

2- Letak kulit pai di dalam bekas dan tuangkan inti pai ke dalamnya.

3- Kemaskan di sekeliling pai kulit pai agar inti tidak terkeluar. Sapukan kuning telur di sekeliling kelim pai.

4- Bakar selama 15 minit pada suhu 218 Celcius. 

* Sementara menunggu, bolehlah uli doh untuk hiasan pai. 
* Gunakan tekap pelbagai bentuk mengikut kesesuaian tema dan kehendak nafsu untuk menghasilkan pai yang cantik di mata, sedap pula di mulut.

5- Selepas 15 minit, keluarkan pai dan hias dengan hiasan yang disediakan tadi. Sapu lagi kuning telur dan bakar sekali lagi selama 45-55 minit pada suhu 180 Celcius.





6- Selepas pai tadi masak, keluarkan dari ketuhar dan jangan sentuh! Diulangi, JANGAN SENTUH.
Sebab apa? Sebab ia masih panas. Eh bukan... sebab kalau korang potong sekarang inti dia masih lembut, buruk rupa nanti. So potong dan nikmati keenakannya selepas 2 jam ya :)



Video ada kat channel aku, tolong like & share please:



Oh, by the way selain pai, labu juga boleh dibuat sup krim labu dan labu goreng butter telur masin.

Yummmm... telan air liur kakak menaip ni tau! Serious sedap sangat-sangat, u ols patut cuba:

pencuci mulut pumpkin pie pai labu
Sup krim labu (kiri)


labu goreng butter telur masin
Labu goreng butter telur masin

Selamat mencuba :)


-TAMMAT-

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular