Review Gloria Residences Ion Delemen, Genting Highlands - Best Ke?



OF COURSE!

Actually tak terfikir nak review hotel ni tapi sebab tempat ni best dan rasanya nak cari review blogger pasal tempat ni agak susah, so aku ingat nak spend masa sikit tunjuk korang as guide.

Waktu mula-mula book, my first impression is hotel ni biasa je, takde yang special... Aku agak skeptikal sebenarnya sebab tempat ni jauh sedikit daripada Genting Indoor Theme Park (tujuan utama kami bercuti di sini), tapi itulah orang kata...Don't judge a book by it's cover haha!


_________________________

Ok, Ion Delemen ni dia ada 2 bangunan, bangunan utama dipanggil Grand Ion Delemen Hotel. Yang ni aku rasa maybe a bit pricey dan luas untuk keluarga (berdasarkan perbualan dengan salah seorang penginap situ).


Bilik kami terletak di Gloria Residences Ion Delemen Hotel. Dorang ni adik-beradik, cuma satu kecik satu besar sikit. Residences ni lebih kecil dan target untuk family kecik macam aku la kot, just perlukan sebuah bilik je.

Kedudukan Residences terletak di sebelah atas sedikit dan terdapat connection bridge di antara bangunan-bangunan ni.

Ohh btw, kepada anda yang pernah dengar tentang hotel seram Amber Court yang glamour tu, haaa. Ion Delemen ni located berdepan dengan si Amber ni, so nampak la bangunan Amber yang macam dalam cerita hantu tu kan hihi... Scroll ke gambar last untuk tengok gambarannya😀

Bilik kami betul-betul depan lif hotel, senang nak berkejar hehe


BILIK
Kami bayar RM295 with breakfast buffet untuk satu malam (korang boleh dapat murah lagi kalau book jauh lebih awal) and upon our entrance, aku terkesima la juga sebab aku dapat lebih daripada apa yang aku expect.


Bilik tu luas dan agak besar, view pun cantik. Menghadap sky garden hotel tersebut (ada pool, taman permainan, ruang ngeteh dengan theme taman, etc).



Selain katil, dalam bilik ni juga ada ruang santai (with sofa, TV, coffee table dll) dan ruang pantry, so agak luas la di mata aku.

Bangun pagi MasyaAllah... Macam bersalji balkoni, pekat kabus kat sini sebab kedudukannya atas bukit kot.
Pemandangan balkoni di waktu pagi. Dah tak nampak apa dah


SKY GARDEN
Untuk sampai ke jambatan menuju ke Sky Garden, korang hanya perlu ke tingkat 3. View sini cantik so sesuai la untuk mereka yang nak bergambar. Ada cafe, pool dan taman permainan.



KEMUDAHAN TRANSPORT
Untuk pengetahuan anda yang baru first time nak menginap kat sini, pihak hotel ni juga ada menyediakan servis 'shuttle bus' untuk ke Genting Indoor Theme Park (GITP).

Which means, korang tak perlu bawa kereta ke GITP, tak perlu bayar tiket parking mahal-mahal kat GITP tu. Just naik bas Ion Delemen je untuk ulang-alik, best kan? Shuttle bus ada setiap 1 jam so takde masalah la nak tunggu. Shuttle bas terakhir adalah pada jam 11pm.
Amboii sedapnya kome tido ye?
Tapi agak seram jugak la naik basnya sebab kita akan melalui tepi gaung, tapi so far aku naik Alhamdulillah ok je. Lagipun dapat la tengok pemandangan indah atas bukit :)



BUFFET
Buffet moment bagi aku suasana agak menenangkan. Kena pergi awal untuk dapatkan meja sebab penginap ramai. Selain makanan Melayu, terdapat juga makanan Cina dan Western.









Bayaran untuk satu malam tu (RM295) adalah pakej sekali dengan buffet untuk 2 orang sahaja. Sekiranya ada anak kecil berusia 5 tahun (kalau tak silap) ke atas, kena tambah RM50 untuk seorang, upon walk in ke cafe. Macam aku, kena tambah RM50 untuk bawa masuk si kakak. Si adik free entrance sebab baru 2 tahun.

Oh ada kisah menarik time kitorang breakfast sini 😂👇







A post shared by yanie raihan (@yanieraihan) on



FITNESS CENTRE
Buat anda yang tak boleh skip rutin bersenam boleh lah ke gym di bangunan sebelah (Grand Ion Delemen) melalui jambatan. Puas hati juga tengok gym dia, sarat dengan alat senaman, siap ada 'kids balls pit', so korang boleh lah bersenam sambil tengok anak-anak bermain dalam bilik tu. Sebelah gym tu juga ada surau dan tempat main game untuk kanak-kanak.




_________________________

Kedai serbaneka ala-ala 7E dan food truck pun ada di perkarangan hotel ni.

So overall aku sangat berpuas hati dengan pilihan hotel ku kali ini.

Dia membuatkan aku nak pergi ke Genting lagi (walaupun tak berapa minat nak pegi tempat macam ni) tapi pengalaman dok hotel tu dengan suasana macam kat luar negara tu buat aku teringin nak pergi lagi... Terubat rindu kat negara sejuk hewhew...

Kesimpulannya, hotel ni recommended buat korang yang nak menginap di Genting dengan kos termurah, bilik super selesa / luas, view cantik & tak mau spend so much untuk parking fee kat GITP. 

Kakak bagi 5 bintang!

Akhir kata, nah tengoklah apa games yang ada pada ketika ini (2019) dalam GITP tu, kot korang tertanya-tanya kan:








...And the legendary Amber Court (sila pikir banyak kali sebelum menginap di situ ya, gambar iklan dia kemain hebat lagi):
Gambar ni dari lobi Ion Delemen. Nampak spooky bangunan tu kan?

Ulasan

  1. Hi. Nak tanya masa awk pergi sini weekday or weekend ye? Ada yg kata breakfast weekday dan weekend berbeza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Coolingfan 😊 Kami check in pada hari Sabtu, breakfast pada pagi Ahad.

      Padam
  2. Hi. Otw Naik ke hotel Ni pakai kereta atau cable car?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular