Ramadhan Buffet of The Year | Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan

Alhamdulillah tahun ni kami dijemput sekali lagi untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan bufet dari Segi Seri Group, bertempat di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Menariknya bufet kali ini, lebih banyak meja disediakan untuk para tetamu apabila sebahagian gerai makanan ditempatkan di bahagian luar dewan. Maka sesi makan-makan pun terasa jauh lebih selesa, lebih banyak ruang untuk berjalan, beramah mesra dan mengambil selfie hehe.



UMPAMA BERADA DI KAYANGAN
_____

Foodies, anda pasti tahu suasana atau scene tempat menjamu selera memainkan peranan yang sangat penting untuk membangkitkan selera makan, betul tak?

Seindah namanya, berbuka puasa bersama Segi Seri di Laman Kayangan pastinya menjanjikan pengalaman indah, umpama berada di alam kayangan.

Antara perkara yang aku sukakan tentang bufet di sini adalah hiasan dan suasananya yang tak pernah mengecewakan.

Selangkah ke alam kayangan...



Dengan hawa yang selesa (tak sejuk tak panas), aturan meja dan hiasan seperti di restoran mewah, alunan muzik yang lembut termasuk persembahan ghazal live di atas pentas... Waktu makan dengan suami tu rasa macam tengah dating waktu muda-muda dulu pulak haha... Eh!



Feeling macam pengantin baru pulak bila dialun muzik-muzik lembut ni, ewah ewaahh...😁😁

Itu baru suasana, belum makanan lagi!

Selain itu, kemudahan yang disediakan juga pelbagai.

Antaranya tempat letak kenderaan percuma, surau yang selesa (telekung juga disediakan dan tandas terletak di sebelah surau) serta wi-fi percuma.

Lengkap kan? Boleh lah makan, solat Maghrib dan sambung makan balik hehe. Jangan risau, makanan takkan habis. Banyak sangat makanan di sini, haaa cuba tengok list di bawah.


JUADAH BUFET: CITARASA DUA SEMPADAN 
_____

MasyaAllah tak tau macam mana nak mula...

Citarasa Dua Sempadan. Peminat masakan utara, masakan Thai pasti rasa teruja tengok menu depa ni! Makanan semua menarik dan pelbagai! Takyah jauh-jauh pi utara, pi Seksyen 7 Shah Alam ja hang dapat semua dah.

Menarik tau tengok depa hidang masakan tradisional kita ala-ala fine dining, daripada tak pernah makan, rasa excited nak try. Banyak sangat makanan sedap-sedap, aku recommend kalau korang nak pi, bawa la family ramai-ramai, sangat berbaloi!
Kecuq liuq tengok menu masanan utara yang disajikan oleh Segi Seri ni!


























Nasib baik bawak 'bodyguard' mai sekali hari ni. Makan berteman baru puas hati dapat merasa semua, tak gitu :)

Ajomm tengok hidangan-hidangan di bufet kalini:






Nasi Arab & kambing golek

Pasembor

Roti bom & kebab daging. Husband suka betul dengan kuah roti bom tu, penuh dengan daging katanya.

Cendol, muffin & kuih

Miang Kham

Kek dan pastry


MY FAVORITE OF ALL! Pulut nasi + pengat durian... Teringat-ingat kuah pengat yang pekat & penuh dengan rasa durian ni Ya Allah, sedapnya!

Aneka kuih-muih dan pencuci mulut

Aneka kerabu, mee celup & tom yam

Peminat makanan Thai boleh makan Miang Kham puas-puas kat sini, tanpa susah-susah menggulung sebab ada orang tolong gulungkan hehe. Nyummmss...

Rambang mata tengok lauk-pauk yang terhidang


Air pelbagai perisa

TEMPAHAN 'EARLY BIRD'
____

Korang yang dah ada plan nak berbuka secara bufet di bulan Ramadhan nanti, why not tempah meja di Laman Kayangan sekarang sebab diorang tengah buka harga 'Early Bird' untuk bayaran yang dibuat sebelum 5 Mei 2019, ada penjimatan 20% tau! 😱


Harga 'Early Bird' yang ditawarkan (bayaran tempahan sebelum 5 Mei 2019):

Dewasa... RM69 nett (harga biasa: RM75 nett)
Kanak-kanak (5-12 tahun)... RM39 nett (harga biasa: RM40 nett)

Untuk tempahan dan keterangan lebih lanjut, sila hubungi:

012-6864515 / 017-3177806 (Cik Haslina)
011-18784681 (En. Hanafi)
019-3237914 (En. Aman)

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular