Isi Borang Online Untuk Mempercepatkan Proses Matikan Setem di LHDN
Cerita beberapa bulan lepas.
No giliran pertama untuk isi borang online seperti gambar di bawah: (isi details agak rumit sikit, lagi-lagi untuk mereka yang jarang buat)
No giliran kedua untuk proses matikan setem di kaunter.
Yang buat lambat sangat-sangat hari tu bermula dari proses no 1: proses mengisi borang online.
Kalau tak silap aku pada hari kejadian, mereka yang isi borang online tu ambil masa dalam 10 min sorang. Kalau 12 orang depan kita dah 2 jam... Ko sanggup??
Dan bukan aku sorang je stress menunggu rupanya. Pada hari tersebut ada beberapa orang bising (siap panggil depa bodoh), merungut-rungut tentang sistem baru ni yang melambatkan lagi proses mematikan setem. Haaa... Nampak tak betapa kurang efisyen nya cara perlaksaan isi borang online ni? Rugi beb kalau korang tak belajar cara nak isi borang online sebelum ke LHDN, at least kalau dah tau boleh la isi siap-siap kat rumah dulu baru ke LHDN ambil no untuk proses 2 je terus!
Aku dapat idea untuk isi online ni sebab waktu tu aku memang urgently rushing untuk ambil anak dari sekolah, so otak aku ligat la memikir macam mana nak bagi cepat lagi. Depan aku ramai lagi ni!
Tiba-tiba aku ternampak sign ni:
So apa lagi nak tunggu, daripada aku lepak main handphone baik download app ni dan isi borang, tanpa menunggu lama-lama kan hehe.
Okay, meh aku simpulkan cara-cara untuk mempercepatkan proses 1 dengan cara mengisi borang online. Korang boleh isi siap-siap kat rumah sebelum ke kaunter LHDN tau, jadi cepat sikit urusan.
Harap maklum contoh berikut adalah khas bagi mereka yang nak matikan setem untuk dokumen perjanjian sewa rumah, untuk perjanjian lain korang hanya perlu tukar jenis dokumen di langkah 2 di bawah:
Akhirnya korang akan terima kod yang dinanti-nantikan ni. Once korang terima kod ni, cepat-cepat pi ambik no giliran untuk proses 2:
Dalam proses 2 nanti, pegawai di kaunter akan scan kod ni dan proses seterusnya seperti biasa. Setem akan dimatikan dan bayaran di kaunter seperti biasa hehe.
Dengan cara isi form online ni aku dapat langkah 10 orang di hadapan kalau tak silap waktu ni. Best kan??? :)
Aku ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk matikan setem perjanjian sewa rumah. Biasanya takdelah lama sangat prosesnya, adalah dalam sejam - sejam setengah.
Bagi yang biasa buat, korang mesti tau kan. Proses untuk matikan setem ada dua:
1- Isi borang maklumat berkenaan dokumen kita
2- Selepas borang dah diisi dan submit, no giliran kita akan dipanggil untuk proses matikan setem
Simple kan?
1- Isi borang maklumat berkenaan dokumen kita
2- Selepas borang dah diisi dan submit, no giliran kita akan dipanggil untuk proses matikan setem
Simple kan?
Tapi dah nasib aku, kalini best pulak... Diorang dah tukar sistem. Instead of isi borang waktu step pertama tu, kita kena ambil no giliran dua kali.
No giliran pertama untuk isi borang online seperti gambar di bawah: (isi details agak rumit sikit, lagi-lagi untuk mereka yang jarang buat)
Proses 1 agak merumitkan keadaan... |
No giliran kedua untuk proses matikan setem di kaunter.
Yang buat lambat sangat-sangat hari tu bermula dari proses no 1: proses mengisi borang online.
Kalau tak silap aku pada hari kejadian, mereka yang isi borang online tu ambil masa dalam 10 min sorang. Kalau 12 orang depan kita dah 2 jam... Ko sanggup??
Dan bukan aku sorang je stress menunggu rupanya. Pada hari tersebut ada beberapa orang bising (siap panggil depa bodoh), merungut-rungut tentang sistem baru ni yang melambatkan lagi proses mematikan setem. Haaa... Nampak tak betapa kurang efisyen nya cara perlaksaan isi borang online ni? Rugi beb kalau korang tak belajar cara nak isi borang online sebelum ke LHDN, at least kalau dah tau boleh la isi siap-siap kat rumah dulu baru ke LHDN ambil no untuk proses 2 je terus!
Aku dapat idea untuk isi online ni sebab waktu tu aku memang urgently rushing untuk ambil anak dari sekolah, so otak aku ligat la memikir macam mana nak bagi cepat lagi. Depan aku ramai lagi ni!
Tiba-tiba aku ternampak sign ni:
So apa lagi nak tunggu, daripada aku lepak main handphone baik download app ni dan isi borang, tanpa menunggu lama-lama kan hehe.
Okay, meh aku simpulkan cara-cara untuk mempercepatkan proses 1 dengan cara mengisi borang online. Korang boleh isi siap-siap kat rumah sebelum ke kaunter LHDN tau, jadi cepat sikit urusan.
Harap maklum contoh berikut adalah khas bagi mereka yang nak matikan setem untuk dokumen perjanjian sewa rumah, untuk perjanjian lain korang hanya perlu tukar jenis dokumen di langkah 2 di bawah:
|
|
Dengan cara isi form online ni aku dapat langkah 10 orang di hadapan kalau tak silap waktu ni. Best kan??? :)
Hi nak tanya, perlu beli setem di pejabat pos ke? Atau LHDN cop sahaja?
BalasPadamHi Ahmad :)
PadamKaedah yang saya tunjukkan di atas adalah cara mematikan duti setem yang betul (khas untuk perjanjian penyewaan rumah antara owner dan penyewa; atau boleh juga untuk perjanjian lain). Kaedah ini tidak memerlukan Setem Hasil kerana pegawai LHDN akan Cop setem tersebut. Kaedah ini dibuat untuk memastikan perjanjian itu valid dan melindungi hak pihak-pihak yang terlibat.
Setem yg Ahmad sebut tu adalah 'Setem Hasil', berbentuk seperti setem tapi berharga dalam lingkungan RM1, RM10, dll. Yang tu biasanya diperlukan untuk permohonan ke IPTA kan? Kalau yg tu memang hanya dijual di Pejabat Pos sahaja, dan boleh dimatikan di LHDN atau Pesuruhjaya Sumpah.
Harap membantu :)
Salam.. mcm mne kaedah stamping utk perjanjian kontrak pembinaan?
BalasPadamp/s: perjanjian kontrak pembinaan adalah salah satu penyeteman sekuriti.
Wassalam.
PadamSelepas tuan selesai download aplikasi Digital Franking, klik pada simbol tambah (+) di kanan atas skrin.
Dalam Maklumat Surat Cara isi seperti berikut:
bahagian Jenis Penyeteman, pilih 'PENYETEMAN SEKURITI'
bahagian Kategori, pilih 'PERJANJIAN PENYEDIA PERKHIDMATAN'
bahagian Jenis Surat Cara, pilih 'PERJANJIAN KONTRAK PEMBINAAN'
Maklumat seterusnya tuan isikan mengikut maklumat yang tertera dalam kontrak tuan. Harap membantu :)
Nak tanya, kene bawa owner rumah dan penyewa ke time kat LHDN nanti?
BalasPadamTak perlu.
PadamYang penting surat perjanjian dah ditandatangani oleh owner dan penyewa pada setiap muka surat (sign pada hujung tepi setiap muka surat, kecuali muka surat yg sudah menyediakan garisan untuk ditandatangan).
Harap membantu :)
untuk isi maklumat pihak pertama kedua ketiga tu mmg semua kene isi ke..no cukai..alamat..email..
BalasPadamTak perlu isi semua maklumat. Hanya isi yang mana bertanda bintang (*) sahaja.
PadamMaklumat pihak ketiga hanya perlu diisi apabila perjanjian tu dibawa ke LHDN oleh orang lain (selain owner dan penyewa).
Info yang sangat membantu. Terima kasih kerana memudahkan kerja. Happy saya baca. 😉
BalasPadamAlhamdulillah Sama-sama ☺️👌🏻
PadamKalo sy isi online harini then dtg ke LHDN selepas 2 hari isi online boleh ke ye?
BalasPadamSaya kurang pasti pula, tapi mungkin boleh cuba isi harini, tengok sekiranya lusa kod QR tu masih valid atau tak. Kalau masih valid (masih ada dlm simpanan app Digital Franking), mungkin pegawai LHDN masih boleh scan :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamterima kasih sangat2 membantu..sign setiap tepi muka surat tu mmg wajib ke atau just sign helaian terakhir shja?..lain2 sy dh setel termasuk isi online hehe
BalasPadamHi Hafeez, kalau ikutkan arahan di pejabat LHDN di kawasan saya, dorang wajibkan, termasuk helaian terakhir.
PadamMoga dipermudahkan :)
Maaf ya kepada yang saya tak sempat respon, mohon maklum saya tak bekerja di LHDN,sekiranya ada soalan yang agak complicated diharapkan para pembaca boleh rujuk terus kepada LHDN kerana saya takut terbagi info salah. Terima kasih kerana sudi membaca dan harap info di atas membantu :)
BalasPadamterima kasih atas info nya. tapi nak tanya cik, kalau tarikh sewaan tu tahun lepas masih boleh lagi ke buat mati stem? ke kena adjust tarikh nya tu
BalasPadamHi cik Khaizah, ya kena tukar sebab kalau tak silap saya tarikh tu nanti akan mempengaruhi jumlah yg perlu dibayar di kaunter nanti.
Padamterima kasih atas info, baru buat tadi memang mudah tak sampai seminit. kalau tak, nak hadap komputer satu hal. terima kasih banyak yanie..
BalasPadamSama-sama kasih :)
PadamAssalamualaikum, nak tnya berapa salinan ye perjanjian yang kene siapkan untuk stamping?
BalasPadamWaalaikumussalam, biasanya 2 salinan untuk kedua-dua pihak yang terlibat dalam perjanjian.
PadamAssalamualaikum, utk perjanjian pinjaman pendidikan pun sama ke kaedahnya.
BalasPadamWaalaikumussalam, untuk perjanjian pinjaman pendidikan kalau tak silap saya melibatkan surat cara (utk jaminan tanggungan / pembayaran semula pinjaman). Namun saya kurang pasti pilihan apa yang perlu ditekan apabila menggunakan app Digital Franking ni. Saya sarankan tuan/puan untuk ke kaunter LHDN terus untuk dapatkan info lebih tepat.
PadamAssalamualaikum, kalau untuk nda nak pilih penyeteman apa? am atau sekuriti? dan perjanjian pilih apa
BalasPadamMak cik ada ke lhdm nsk matiksn setem penyewaan kedai. Almaklumlah org tua yg dah lama tinggalksn computer. Binggung juga. Pegawai yg ada utk membantu pun kurang membantu
BalasPadamAkhirnya balik sbb stress x blh nak buat. Tapi sedih juga sepatutnya ada le bantuan utknorg buta IT atau utk warga emas yg x tahu computer. Sml skrg belum buat lagi matikan setem. Klu x matikan setem pd buku perjanjusn itu , x blh nak bayar lesen. X de cara lain utk mrmbantu kami yg bodoh IT ni.
Assalam Makcik, di kaunter LHDN biasanya ada pegawai bertugas yg boleh membantu. Harap segala urusan Makcik dipermudahkan ya.
PadamAssalamualaikum nak tanya kalau saya nak matikan setem hasil RM10 yang saya beli dekat pejabat pos untuk borang perjanjian ipta perlu ke isi detail online dekat lhdn?
BalasPadamWaalaikumussalam rasanya tak perlu. Tapi utk kes sebegini sy sarankan ke kaunter terus, takut saya tersalah beri info. Artikel di atas hanyalah berkenaan kaedah matikan setem di kaunter LHDN (yg tidak melibatkan setem hasil).
PadamSlm Puan.
BalasPadamUntuk perjanjian kemasukan Matrikulasi bgaimana Pula.
Wassalam tuan/puan, kemasukan ke IPTA / matriks melibatkan setem hasil. Maaf sy kurang pasti utk kes sebegini, mohon tuan / puan dapatkan info lebih tepat daripada pegawai LHDN sendiri ya.
PadamAssalam. Tq sharing info penting ni. Nak tnya, kalau la kita buat arini & g LHDN esok, QR code tu valid lg ke? 😊
BalasPadamwassalam ya, saya pasti masih valid lagi. Cuma utk lebih selamat baik pergi pada hari yg sama :)
PadamAssalam, sy nk tanya. Klau utk sewa bilik pilih yg mna? Rumah kediaman juga ke?
BalasPadamWassalam puan maaf yg tu sy kurang pasti. Boleh dapatkan info lebih tepat daripada kaunter LHDN ya.
PadamAssalamualaikum. Terima kasih, penerangan yg agak detail. Sangat membantu
BalasPadamWaalaikumussalam sama-sama, lega dapat membantu :)
PadamIf sewa per head macam mana ya. Perlu buat perjanjian satu per satu ke ?
BalasPadamYa, secara teori rasanya kena buat perjanjian berasingan melainkan ada wakil antara kesemua penyewa (contoh dlm kes sewa bilik). Tp in terms of kategori dlm aplikasi DF, saya kurang pasti pilihan option nya. Maka saya sarankan tuan dapatkan info lebih detail drpd kaunter LHDN ya :)
PadamMaklumat untuk pendaftaran tu kena isi maklumat owner atau penyewa ya?
BalasPadamUntuk isi maklumat owner atau penyewa, tuan/puan boleh rujuk langkah 4 yg saya berikan dlm artikel di atas :)
PadamSalam. Ruangan saya keluar tempoh perjanjian perlu diisi tapi masalahnya saya cari tenpoh perjanjian tu takde plak. Kalau tak isi tu tak boleh simpan and dapatkan QR code. Boleh bantu?
BalasPadamWassalam tuan/puan, tempoh perjanjian tu maksudnya berapa lama satu-satu surat perjanjian itu berkuatkuasa. Contohnya kalau owner tetapkan perjanjian sewa rumah hanya tertakluk untuk 2 tahun (dari tarikh sekian ke sekian), maka tempoh perjanjian adalah 2 tahun. Setahu saya setiap surat perjanjian memang wajib ada tempoh.
PadamTekan dekat "Tambah Maklumat Sewa Pajak" lepas tu pilih "Perjanjian Sewa/Pajakan - Bayaran Sewa Tetap Dalam Tempoh Penyewaan" nanti dia akan keluar;
PadamTarikh Mula:
Tarikh Tamat:
Kadar Sewaan:
Jumlah Amaun: (Ini tak perlu isi dia automatic kirakan)
Assalamualaikum n hi. Esok saya nak ke lhdn untuk stamping. Boleh tahu bahagian ‘prinsipal/subsidiari’ ni untuk apa ya? Sebab sy nak tekan butan simpan tapi dia ckp ‘sila isi ruangan tempoh perjanjian. Boleh jelaskan? Terima kasih ya
BalasPadamMaaf Syaiya, saya sukar nak jawab soalan cik sebab bukan kepakaran saya tapi yg sy tahu setiap surat perjanjian memang ada tempoh, maka memang perlu diisi bhgn tu.
PadamTekan dekat "Tambah Maklumat Sewa Pajak" lepas tu pilih "Perjanjian Sewa/Pajakan - Bayaran Sewa Tetap Dalam Tempoh Penyewaan" nanti dia akan keluar;
PadamTarikh Mula:
Tarikh Tamat:
Kadar Sewaan:
Jumlah Amaun: (Ini tak perlu isi dia automatic kirakan)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima kasih Cik Puan atas perkongsian, sangat menjimatkan masa tak perlu tunggu lama dah mcm sebelum ni
BalasPadamSama-sama, moga bermanfaat :)
Padamsalam..nak tanya kalau pihak ketiga yg bawa dokumen perlu bawa salinan ic penyewa & owner sekali ke?
BalasPadamHi Gabantaro, tak perlu
Padamnak tnya.. kalau nk stampt memorandum of a capital injection kena buat online dl juga ke?
BalasPadamMaaf utk soalan saudara saya kurang pasti jawapannya. Mungkin perlu tanya di kaunter LHDN ya
Padammusim2 PKPB di Sabah nie... boleh ka saya pergi kaunter LHDN di KK untuk matikan setem.
BalasPadamMaaf ya saya tinggal di Selangor, kurang pasti dgn keadaan di KK mcm mana 😅
PadamTerima kasih buat guide macam ni. Sangat membantu dan saves a lot of time.
BalasPadamSama-sama, moga bermanfaat :)
PadamSalam, boleh nak tanya? Utk maklumat pemilik rumah tu, alamat tulis alamat rumah utk sewa tu ke alamat tetap ye?
BalasPadamWassalam. Alamat rumah sewa.
PadamSalam tuan/puan.
BalasPadamNak bertanya. Sekiranya hendak mati setem bagi perjanjian sewaan rumah, adakah wajib untuk penyewa dan tuan rumah bagi initial setiap muka surat perjanjian tersebut?.
Wassalam. Ya perlu.
PadamAssalam..
BalasPadamBaru2 ni LHDN tukar lagi sistem bermula 1March2021... skrg kena guna system STAMPS la pulak. Yang Digital Franking akan ditamatkan.
Saya harituh tolong stamping renewal sewa utk jiran ofis saya guna apps digital franking tu senang sahaja isi borang atas handphone. Kali ni kena register baru pulak utk stamping secara online.
Saya tak daftar lagi sebab harituh nasib baik staff LHDN terima dokumen saya utk stamping manual. Tapi lain kali dia cakap kena guna STAMPS, kena daftar kat : stamps.hasil.gov.my.
Saya tengok online borang daftar penguna baru STAMPS tu kena isi sebagai ejen, lepas tu dia minta isi nama syarikat la, apa la.. saya terus cancel daftar.
Puan tahu tak system ini ? Entah macam mana la nak buat nanti.. tak lama lagi saya pulak nak kena renewal sewa.. haih
https://stamps.hasil.gov.my/stamps/SisIndividu/checking_ic
PadamAda manual dkt laman web tersebut, mendaftar sbg individu
Puan, sy pening dah beberapa hari dengan sistem STAMPS ni.. ID dan P/word dah ada semuanya. Bila dalam sistem tu, keliru nak klik mana satu yang berkenaan dengan urusan saya. Manual pengguna panjang berjela dan kena study satu, satu.
PadamMasalahnya dalam sistem tu, bila kita klik pada senarai penyeteman di bawah Penyeteman Sekuriti.. nak tengok list tu pun tak sempat.. ntah kenapa laju sangat dia papar.. lepastu hilang dari skrin... hmmm... buntu saya jadinya.
Asalamulaikum sya drp Puchong. Nk buat stamping utk perjanjian sewa rumah. Tuan rumah hanya buat manual xstamping pulak bnyak keja xda Masa. Utk saya yg berkerja perlu agreement tersebut distamping baru Ada valve. Nak tnya pejabat trdekat dgn tempat tinggal sya. Subang Jaya atau Petaling Jaya. Mkasih
BalasPadamThank you for your sharing. helps me a lot and save my time!
BalasPadamsalam ,
BalasPadamsaya nak tanya, macam mana kita nak bayar stamping untuk subcontract
Hi, saya nak tanya kaedah untuk penyeteman bagi urusan pindahmilik sama je ke prosesnya?
BalasPadamTerima kasih atas info yang diberi. Sangat membantu.
BalasPadamsalam, adakah perlu saya bawa salinan snp untuk stamping dekat lhdn ye bagi perjanjian sewa rumah. atau dokumen apa je kena bawa ye
BalasPadamMaaf bertanya, kalau saya wakilkan tuan sewa utk buat proses stamping ni boleh ke?
BalasPadamAssalam. Saya cari dlm playstore xde pun Digital Franking. App LHDN yg lain da laa...saya nak matikan setem utk perjanjian sewa kedai di usm. siapa boleh tlg saya ye? Saya ada anak kecik susah kalu nak bawak dia ke sana n dok lama². Sasau nnt smua org nnt. Heheee
BalasPadam