Mommy Hacks: Mengubah Pam Susu Single Kepada Double
TAHUKAH anda, pam susu single yang korang pakai sekarang boleh diubah menjadi double?
4) Sambungkan tiub dari connector kepada kedua-dua kepala pam.
So basically, all you need to do is:
1) BAWA PAM SUSU korang ke kedai barangan bayi yang ada menjual spare parts pam susu. Kalau korang tinggal di Shah Alam, aku recommend kedai Mother's First Choice (landmark: Sebelah kedai peralatan menjahit, Seksyen 16, Shah Alam) sebab kedai ni banyak jual spare parts susu + staff kedai yang sangat membantu.
2) CUBA setiap spare parts yang ada yang sesuai untuk digabungkan dengan pam susu korang. Of course, paling recommended adalah brand yang sama dengan brand yang kita pakai. Namun sekiranya tak boleh digabung atau kedai tersebut kehabisan stok brand kita, kita boleh try and error sekiranya brand lain boleh dipakai / digabung.
3) Setelah jumpa parts yang sesuai, TEST dulu sama ada boleh pakai kedua-dua pam yang telah digabung atau tak. Test di kedai tersebut.
** Kesimpulannya, aku belanja sebanyak RM100 sahaja untuk bahan-bahan ni, which means aku berjaya jimat sekitar RM300-400 untuk membeli pam baru. Yeayyy!!
Actually kawan dah lama suggest, aku je yang was-was nak buat. Almaklum laaa, ni la first time ngepam susu, dulu waktu anak sulung tak sempat pam susu kering dulu 😅
Baru-baru ni ku gagahi diri bawa pam susu ni ke kedai barangan bayi, MOTHER'S FIRST CHOICE kat seksyen 16, Shah Alam dengan harapan menggunung. Nak beli pam baru, baby dah umur setahun setengah, so rasa macam sekejap pula dipakai nanti...
Alhamdulillah lah usaha membuahkan hasil. Staff kedai tu sangat baik dan membantu dengan sabar, carikan spare parts yang sesuai untuk digabungkan dengan pam susuku agar impian menjadikannya sebagai pam susu double terlaksana... MasyaAllah dikkkk, akak terharu!
Ni aku share semula cara-cara ku hack benda ni jadi pam double. Mohon maklum pam susu yg aku pakai adalah pam jenama Malish Mango Single Pump, dibeli pada tahun 2016:
As you can see, originally it's a single pump. |
1) Cari parts / alat ganti yang sesuai
Memandangkan kedai tersebut telah kehabisan stok kepala pam Malish Mango yang seperti ku pakai, maka kami terpaksa mencuba kesemua brand yang ada. Berdasarkan percubaan demi percubaan kami di kedai tersebut, kami dapati kepala pam Malish Lifestyle boleh digabung dengan pam aku menggunakan connector Autumnz hehe.
So ni lah dia Malish Lifestyle yang aku beli untuk digabungkan dengan Malish Mango |
2) Cari connector / penghubung yang boleh menyambungkan antara kepala pam
Setelah pelbagai cubaan try & error, akhirnya pamku bertemu jodoh dengan si Autumnz, yesss! Semuanya bergantung kepada saiz ukur lilit tiub tu la kan, tengok connector tu boleh masuk tiub tu ke tak. By the way, tiub tu tak perlu beli pun takpe. Gunting je tiub yang sedia ada. Staff tu cakap, lebih pendek tiub, lebih kuat la sedutan... Haaaa cer try. Ku tak berani pulak nak potong pendek sangat so ni lah hasilnya, agak panjang. Boleh la pam susu sambil bawak gi sidai baju ka, goreng tempe kat dapur ka...
3) Sambungkan tiub dari mesin kepada dalam connector utama (Autumnz)
Untuk menyambungkan mesin pam kepada kepala pam Malish Lifestyle dengan Mango, aku gunakan connector utama jenama Autumnz.
4) Sambungkan tiub dari connector kepada kedua-dua kepala pam.
Untuk sambungkan kepala pam kepada connector, aku gunakan connector kecik jenama Autumnz Trulee.
5) Hidupkan elektrik dan cuba!
Pastikan kedua-dua pam melakukan tugasan mengepam dengan berkesan. Pam berkesan apabila kedua-dua plastik dalam kepala pam tu bergerak seperti diperah (boleh lihat di bawah). Rasakan sensasi sedutan di kedua-dua pam sebelum melakukan lompat bintang :) YEAH!!
1) BAWA PAM SUSU korang ke kedai barangan bayi yang ada menjual spare parts pam susu. Kalau korang tinggal di Shah Alam, aku recommend kedai Mother's First Choice (landmark: Sebelah kedai peralatan menjahit, Seksyen 16, Shah Alam) sebab kedai ni banyak jual spare parts susu + staff kedai yang sangat membantu.
2) CUBA setiap spare parts yang ada yang sesuai untuk digabungkan dengan pam susu korang. Of course, paling recommended adalah brand yang sama dengan brand yang kita pakai. Namun sekiranya tak boleh digabung atau kedai tersebut kehabisan stok brand kita, kita boleh try and error sekiranya brand lain boleh dipakai / digabung.
3) Setelah jumpa parts yang sesuai, TEST dulu sama ada boleh pakai kedua-dua pam yang telah digabung atau tak. Test di kedai tersebut.
** Kesimpulannya, aku belanja sebanyak RM100 sahaja untuk bahan-bahan ni, which means aku berjaya jimat sekitar RM300-400 untuk membeli pam baru. Yeayyy!!
Ulasan
Catat Ulasan