Aktiviti Untuk Family Day- Fireflies Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Bismillahirrahmaanirrahim...

Post kalini pastinya berjela, moga Allah kuatkan semangatku ini untuk menaip...

Pada hujung tahun 2017, ibuku suddenly teringin nak berfamily day. Demi melunaskan keinginannya, aku gagahi diri ini mencari homestay yang masih available di sekitar Selangor. Tau la bila dah hujung-hujung tahun ni mana laaaa homestay best yang masih kosong kan. Semua mostly dah fully booked.

Tiba-tiba, ibuku yang comel telah mendapat secebis idea, lantas dilontarkannya kepadaku. Aku sambut. Menurut beliau, ada satu kawasan perkampungan di ceruk-ceruk Kuala Slangor nun, yang pernah dilawatinya bersama anak kesayangannya, siapa lagi... tidak lain tidak bukan, adik aku Fatso Wanie.

Rezeki kami, banyak lagi rumahnya yang masih available, yeah! Kami check in bermula 28-30hb Disember 2017.
FIREFLIES PARK RESORT
Untuk pengetahuan anda, Fireflies Park Resort ni mempunyai tarikan tersendiri. Seperti namanya, kat tempat ni memang banyak kelip-kelip atau juga dikenali dengan nama kunang-kunang. Pada waktu malam pengunjung boleh melihat kelip-kelip di sepanjang air sungai dengan menaiki bot. Tarikan lain adalah homestaynya didirikan di atas paya buatan. So apabila duduk di beranda, kita boleh menyaksikan ikan-ikan berenang-renang di bawah rumah.

Harga untuk 1 malam adalah RM158 untuk sebuah rumah. Terdapat 2 bilik (dengan katil queen each) dan 1 bilik air setiap rumah, memasak adalah tidak dibenarkan. Mungkin kerana rumah kayu agaknya, so I guess it's for safety reasons kot. Aircond ada di setiap bilik, dan terdapat TV, kabinet dan kerusi di ruang tamu.

Memang best, tapi untuk mereka yang mempunyai anak kecil kena sentiasa awasi anak anda kerana kanak-kanak mudah lolos disebalik pagar penghadang rumah.
___
FAMILY DAY BEGINS...
Macam biasa, disebabkan aku anak ibu yang paling rajin, paling boleh diharap, paling berdedikasi tinggi, gagah dan queen of DIY, maka aku melantik diriku sendiri bagi menggalas tugas sebagai Pengarah Program yang dinanti-nantikan oleh bondaku yang disayangi.

Tentatif selama 3 hari 2 malam untuk Omar's Family Day

Yeaahh tu dia... Dari A-Z aku buat, kahkah. Tak ke gila kuasa namanya.

Ok first task ialah membuat T-Shirt program. Alhamdulillah kakak ipar tolong tempahkan yang ni. Tapi corak tu aku la yang buat kan, hahaha. Corak ni aku design pakai Adobe Photoshop je. Biar pening sikit pikir, janji puas hati gitteww...
Tshirt ni serius selesa sangat apabila dipakai. Yang girls punya tshirt biasa tapi jenis cotton yang selesa. Atas request big boss (Ayah), yang boys punya shirt jenis yang cotton tebal, dan berkolar sebab Ayah nak bawa main golf. 
___
Khamis, 28/12/17
Tapi tu la family aku ni, walaupun masing-masing dah dapat tentatif tapi hari 1st plan dah banyak lari *sigh*.
Barbeku kami anjakkan ke hari ke-2 sebab adik-beradik semua datang lambat. Kami, Ibu & Ayah jela menonong dok situ tunggu diorang, cisss! Macam ni la kami, susah nak berkumpul sebab masing-masing selalu ada hal last min.
Sungguhpun aku dah kehilangan mood sikit pada hari pertama tu, kami teruskan juga dengan agenda seterusnya the next day.
___
Jumaat, 29/12/17
Pagi kami dimulakan dengan sambutan harijadi abang sulungku, Abg Zam-zam. Since bday dia jatuh pada 19hb Disember, maka kami bagi penghormatan sikit la kat dia bagi dia happy sikit haha. 
Happy birthday Abg Zam-zam!
___
CARA BERMAIN

Selepas memberi sedikit taklimat, kami mulakan acara Family Day dengan acara pertama kanak-kanak, Sukaneka. Caranya: 


Acara 1: Sukaneka 
  • Peserta pusing 7 kali
  • Letak hujung sudu dalam mulut
  • Bola pingpong diletak ke dalam sudu
  • Jalan sehingga ke garisan penamat. 
  • Sampai di penamat, kena cari gula-gula dalam tepung. Yang dapat banyak gula-gula akan diisyhtiharkan sebagai pemenang... 
  • Peserta diberi point sebagai wakil keluarga masing-masing. Point diberi mengikut level kemenangan... Susah kan game ni?

Hahahah kalau tengok saiz dan ketinggian di sini mesti korang dah boleh agak la siapa pemenangnya
Ada budak tu kantoi berenang dalam tepung

Ni la hasil kerja suami kami. Sorang je nampak elok. Yang
lagi dua dah macam nenek kebayan. Tobat aku

Acara 2: Makeup Mania
  • Peserta dan pasangan masing-masing diberi masa selama 30 min untuk mekapkan isteri dengan memakai barang mekap isteri.
  • Juri terdiri daripada mereka yang tak join main.
  • Setiap peserta akan diberi points mengikut level kemenangan masing-masing. Cth: No 1 dapat 50 points.
  • Kumpul points.

Acara 3: Balloon Dart
Balloon Dart ni antara acara yang dinanti-nantikan oleh peserta dewasa. Sebab semua dah tazzabarrrr nak pecahkan belon-belon tu. Geram agaknya eh.

Tapi pastikan korang pakai gabus yang keras macam kayu tu ye. Cork board nama dia. Sebab kalau pakai papan nipis macam ni belon lain asyik terjatuh kalau korang baling dart tu. So jenuh la juga asyik nak kena betulkan belon-belon setiap kali peserta baling dart.





Cara permainan Balloon Dart:
  • Setiap pasangan ambil giliran baling dart. 
  • Belon mempunyai markah yang berlainan mengikut warna. Contoh: Oren 50 points, pink 20 points.
  • Kumpul point anda sehingga kesemua belon habis.
Selepas tamatnya permainan Balloon Dart yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ni yang lelaki bersiap untuk Solat Jumaat manakala perempuan dapat berehat seketika.

Acara 4: Balance The Ball
Untuk game ni sepatutnya kami kena seimbangkan bola sambil duduk di atas lantai. Sesiapa yang tak dapat seimbangkan akan keluar.
Malangnya kami dapati ianya agak susah nak buat. Pemain senang sangat untuk terkeluar haha. Sudahnya kami buat secara berdiri.



Cara permainan Balance The Ball:
  • Semua peserta berdiri dalam bulatan. 
  • Ada dua orang wakil daripada setiap keluarga sebagai peserta
  • Bola dibaling dan sekiranya penerima bola tak boleh seimbangkan bola menggunakan tangan, kaki atau badan, peserta tersebut harus keluar daripada bulatan (ada point juga)
  • Orang terakhir yang masih kekal dalam bulatan menerima point tertinggi.
  • Kumpul point.
Acara 5: Watermelon Monsters
Game ini memerlukan kekuatan mulut dan fokus yang tinggi.


Cara permainan Watermelon Monsters:
  • Kanak-kanak duduk di meja makan dan perlu makan buah tembikal yang dipotong tanpa menggunakan tangan. 
  • Makan sehingga habis. 
  • Peserta terawal habis makan adalah pemenang yang bakal membawa pulang point yang tinggi.
  • Yang lambat habis menerima point teredah.
  • Kumpul point
Acara 6: Bombastik!
Game untuk pasangan suami isteri / adik-beradik juga. Bahan yang diperlukan hanyalah belon kecik. Aku sengaja pilih belon air khas yang dibeli kat Daiso agar penjagaannya lebih mudah berbanding belon biasa.


Cara permainan Bombastik:
  • Setiap pasangan berdiri menghadap pasangan masing-masing. 
  • Pasangan diberi sebiji belon berisi air dan apabila wisel dibunyikan, harus baling belon tersebut kepada pasangan di hadapan untuk disambut.
  • Untuk level seterusnya, setiap peserta harus langkah 1 langkah ke belakang dan ulang langkah pertama. 
  • Sekiranya belon gagal disambut dan pecah, pasangan akan terkeluar.
  • Psangan terakhir untuk gagah berdiri menyambut belon dikira pemenang.
  • Kumpul points untuk setiap peserta berdasarkan ranking menyambut belon air. 

Acara 7: Tarik Upih
Ini merupakan game yang melibatkan ibu bapa dan anak.

Cara permainan Tarik Upih:
  • Ibu bapa menarik anak yang duduk di atas upih pokok kelapa (boleh juga diganti dengan plastik kanvas atau selimut).
  • Ibu bapa yang berjaya sampai ke garisan penamat paling cepat akan dinobatkan sebagai juara. 
  • Macam biasa, kumpul point.
Actually kami tak dapat main game ni disebabkan tiada tempat yang sesuai dan tiada upih / selimut yang boleh kami gunakan di kawasan ini. Jeti di tempat menaiki bot untuk tengok kelip-kelip didapati tempat yang paling sesuai digunakan tapi atas kekangan masa juga (kerana akan buat barbeku selepas Maghrib nanti), kami terpaksa membatalkan game Tarik Upih.

Acara 8: Ring Toss





Cara permainan Ring Toss:
  • Dengan menggunakan ring kertas (saiz yang paling besar), peserta perlu baling ke atas botol yang ditanda dengan markah (botol yang digunakan adalah botol Mountain Dew berisi air).
  • Peserta akan kutip point mengikut tanda di botol sekiranya ring yang dibaling berjaya memasuki muncung botol.
  • Peserta diberi 5 kali percubaan untuk setiap sesi.
  • Kumpul point anda
Acara 9: Musical Chair (extra game)
Disebabkan kami selesai main Ring Toss agak cepat sebab game tu susah sangat (lol), maka kami buat additional game untuk kanak-kanak, which is Musical Chair.
Cara permainan Musical Chair:
  • Dengan menggunakan lagu Baby Shark, peserta perlu mengelilingi kerusi (yang jumlahnya kurang berbanding peserta).
  • Apabila lagu dihentikan, peserta haruslah duduk di mana-mana kerusi. Peserta yang tak dapat duduk akan terkeluar.
  • Point peserta dikumpul untuk ditambah ke dalam point keseluruhan keluarga masing-masing.
Disebabkan ada sedikit waktu senggang, kami decided untuk membuat sesi penyampaian hadiah pada petang yang sama. Amboiiii kemain seronok korang eh!


___
BARBEKU & KELIP-KELIP

Malam pun menjelma.
Kami mengadakan sesi makan-makan a.k.a barbeku selepas Maghrib di tapak yang sama kami melakukan aktiviti family day pagi tadi. Lampu spotlight juga dipasang pada waktu malam di tapak ini.

Untuk pengetahuan anda, pihak homestay juga menyediakan bekas untuk bakar daging khas utk BBQ kepada pengunjung, namun kami memilih untuk memakai peralatan kami sendiri.

Penggunaan peralatan pihak homestay akan dikenakan caj sewaan.
Abis rentung T__T


Alhamdulillah kami juga sempat menaiki bot untuk melihat kelip-kelip sejurus selepas BBQ selesai pada jam 10pm.
Inilah rupa kelip-kelip di bawah cahaya


SubhanAllah, cantiknya ciptaan tuhan... 

Suasana nyaman, gelap dan sunyi pada mulanya agak menyeramkan. Hanya bunyi unggas dan cengkerik menemani perjalanan bot kami pada malam tu.

Tapi perasaan seram tu tak lama. Kelip-kelip mula menyinggah depan mata, hilang semua perasaan takut diganti dengan perasaan takjub dan kagum dengan keindahan kelip-kelip. Wow, cantik sangat!

Semakin jauh kami meninggalkan jeti, semakin banyak kelip-kelip mewarnai perjalanan di kiri kanan kami. Nyaman rasanya kalini, melihat kelip-kelip di tumbuhan liar umpama melihat pokok krismas! Cantik, MasyaAllah!
___
Sabtu, 30/12/17
Hari terakhir kami diisi dengan aktiviti lapang, free and easy. Waktu checkout adalah pada jam 12pm, maka selepas breakfast adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni. Swiming!
Ni gambar pada waktu petang sebelum BBQ. Budak-budak ni nak jugak masuk pool. So dengan muka penuh mekap hasil kerja tangan bapak dorang, nenek kebayan pun terjun sekali.


Alhamdulillah family day kami berakhir dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang membantu dan turut terlibat sama dalam menjayakan event ni.

Untuk dapatkan gambaran lebih jelas boleh klik video ini:



Till next year, adios!

Ulasan

Catat Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular