Tenangkan Fikiran di Cameron Highlands
Hai.
Pernah terpikir nak menenangkan diri kat Cameron Highlands tanpa berjalan-jalan sangat? Dok rileks rileks kat bilik hotel, keluar sekali-sekala tak kejar masa.
Yessss tu la yang kitorang buat last month hehe...
Pegi bercuti kat Cameron untuk melepak semata. Actually kitorang plan nak pi sejak bulan November 2013, tapi disebabkan banjir kat area utara, pantai timur & tanah runtuh kat Cameron pada hujung tahun 2013 tu kitorang kensel plan.
Memandangkan aku dan hubby stress dengan kerja masing-masing, kitorang pikir,
lepak kat sana mungkin boleh bantu reset minda yang letih ni. Ni second time kitorang pi sana. First time sampai Cameron pada hujung tahun 2012 & we've fallen in love dengan tempat tu! Sangat menenangkan! Waktu tu kitorang ke sana untuk berjalan-jalan, so sempat la sampai Bee Farm, Lavender Farm, ladang teh bagai tu.
kenangan Disember 2014 (cedok dari Facebook) |
Ok back to Cameron Highlands 2015...
Kat sana kitorang stay 4 hari 3 malam kat Hotel De La Ferns, junior suite. Untuk backpackers tak sesuai la kot sebab ada banyak lagi hotel yang murah lagi kat Cameron ni. Yang dulu kami stay Hotel Equatorial, tu pun selesa dan murah, highly recommended jugak...
Hotel De La Ferns di waktu pagi |
Malam dia nampak meriah dengan lampu
Image by Google Earth {credit to https://earth.google.com/}
|
But like I said, depends on your purpose. Macam kitorang, cuma nakkan home environment yang berbeza tu sebab kitorang sanggup bayar lebih. Dah la aku ni keje online, so pi sana pun still aku bekerja mencari nafkah melalui talian internet, cewahhhh!
Sedang bekerja dengan tekun kononnya kihkihkih... |
Sesampai kat sana hawa dingin mula dirasai. Tu yang best tu. Kalau kat Shah Alam, tengahari panas melekit. Berbezanya De La Ferns ni banding Equatorial adalah DLF ni lebih kecik sedikit bangunannya. Lobi pun kecik je, orang kata lebih private gitu. Basement carpark pun takde macam Equatorial. 5 minit jugak la kami meluahkan rasa "Waaaawww" kat dalam tu. Buka tingkap, buka pintu, selfie depan cermin toilet, bukak peti ais... Alaa biasa la kalau baru masuk hotel, jakun kejap :)
Tapi kannnnnn... haaa ada satu je tapi hahaha. Cuaca dia sejukkkkk cik senah oooiiii, dalam bilik tu menggigil manjang... Aku rasa 24 jam kitorang pakai baju sejuk dalam bilik tu selama 4 hari, nak bekerja konon-kononnya pun macam payah. Jauh lagi sejuk banding kat hotel Equatorial dulu kitorang pun pelik. Bukannya ada heater adehhh nasib baik 4 hari je huhu... Bukak tingkap je bersin macam orang gila, mungkin sebab keliling tu hutan agaknya. So kalau korang plan nak stay or honeymoon kt DLF ni pada bulan Januari aku nasihatkan takyah bawak baju bebanyak kot. Mandi pun malas, dah tu asyik pakai baju sejuk je, pakai lelawa dalam jaket pun tak nampak kihkihkih...
Bilik tu hujung sekali ada balcony & mengadap hutan atas request hubby yang nakkan scenery. Konon petang-petang nak membaca la kat balcony tu tapi dah cuaca sejuk sangat kesian balcony kosong gitu je hahaha. Tak sanggup kitorang dok sana lama-lama jadi frozen pulak karang.
Ada bathtub, yeay! |
Aktiviti kitorang kat situ lepas makan big breakfast kat hotel, balik bilik buat kerja masing-masing. Nasib baik bawak mainan si budak tecik ni so main laa dia sorang-sorang. Hehe sian...
Petangnya kami pi pekan Tanah Rata pekena char kuey teow, goreng pisang & kepok lekor. Perghhh... char kuey teow dia, I tell you.
Ini macam (tunjuk ibu jari)!
Tapi 2 kali aku makan, 2 kali juga aku terlupa nak food porn & snap gambar gerai tu. Lapar sangat, petang-petang sejuk-sejuk tu kan. Makan benda panas berasap tu memang antara nikmat dunia la. Seingat aku gerai tu belakang menara putih yang ada jam tu (kalau tak silap aku la menara). Hehe sorry lupa laa menara ke tiang ke apa tah..
Nak bayar char kuey teow tu sempat lagi makcik tu kata rupa hubby aku macam Wak Doyok kahkahkah! Siap pesan mintak hubby aku jangan cukur, hensem katanya adoiii makcik makcik :p
Malam terakhir kat sana kami mentekedarah steamboat pulak. Kalau dah stay kat hotel De La Ferns ni korang wajib pi Glory 78 Steamboat & Snack Corner ni! Sebabnya harga steamboat dia agak berpatutan dan dia dah ready set makanan bergantung kepada jumlah si pemakan. Korang takyah pening-pening pikir nak pilih apa, lepas tu bazir tak makan. Kat sini korang boleh pilih set untuk 2 orang, 3 orang, 4 orang, etc etc. Pencuci mulut berasaskan strawberry pun ada, e.g: fresh strawberry juice, milk shake, aiskrim, etc. Aku jenis tak berapa kisah dengan isi steamboat, janji ada seafood & kuah sedap i loiikkee. Restoran ni dekat je, betul-betul sebelah hotel DLF :) :) :)
Steamboat dinner dengan retis (tangan di bahu, mata ke atas) |
Ulasan
Catat Ulasan