Cocolicious Review- Nutrifill Sedap Buat Penggemar Coklat!
Alhamdulillah tak lama lagi Ramadhan bakal bertandang. Excited lain macam tahun ni rasanya, mungkin sebab suasana PKP dah tak seketat tahun lepas kot.
Lebih excited sebab dapat kenal minuman sedap + berkhasiat untuk preparation sahur nanti. FYI kitorang suami isteri sejenis tak suka makan berat-berat waktu sahur. Anak pun sama, jadi biasanya sahur kami makan benda-benda ringan je— kurma, susu, air suam, rolled oat, shake Herbalife, macam tu. Nasi-nasi ni kureng sikit...
So aku dapat tahu pasal COCOLICIOUS ni sebab pengasasnya pasangan coach aku dulu juga. Depa ni la yang train aku on workouts, makanan yang can and cannot waktu diet, kenapa garam tak elok dan sebagainya. Yang menariknya produk ni tahun lepas berjaya masuk semi-final untuk geran TERAJU, hebat tak hebat tu? Lagi satu, orang tua coach Huzat sendiri merupakan bekas professor dalam bidang Biomedical Engineering, maka tak hairanlah mereka sekeluarga boleh hasilkan produk sebegini.
Bukan calang-calang couple ni! FYI dorang dah berjaya bantu kuruskan ramai orang termasuk aku, Alhamdulillah, syukur nikmat hihi Macam-macam ilmu baru aku belajar waktu hadir ke sesi coaching dorang dulu (boleh search my previous posts) so bila coach Salimah & Huzat hubungi aku untuk cuba produk dorang ni, aku tanyalah juga serba sedikit pasal R&D nya, macam mana buat, siapa yang buat, apa isi kandungan, selamat ke tak.
Dan Alhamdulillah setelah banyak soal sesi jawab dan sedikit research beserta pengamalan hampir sebulan, ku dapati boleh tahan juga COCOLICIOUS nih! Dahla sedap, ala-ala minum air coklat. Bukan rasa macam milo tau, rasa koko tapi dengan sedikit kelikatan macam jeli tu sebab produk ni mengandungi collagen juga kan, so kalau korang pernah minum air sarang burung atau air rumpai laut, haaa.. macam tu lah lebih kurang tapi perisa coklat. Dap dap & paling penting mengenyangkan!
Boleh juga tambah sedikit rolled oat atau chia seed kalau korang nak ekstra kenyang. Tak payah tambah gula atau susu pekat manis, dia dah ada rasa manis sikit sebab mengandungi gula Stevia. Bahan asas pula adalah susu kambing dan juga protein whey— maka secara ringkasnya, COCOLICIOS ni adalah minuman koko yang sihat dan sesuai diamalkan oleh mereka yang tengah on diet, inginkan sarapan / dinner yang sihat (140 kcal), kulit cantik dan personally aku rasa sesuai untuk ibu-ibu yang dalam pantang juga supaya sentiasa kenyang. Yela dalam pantang asyik lapar je kan, so why not consume nutrifill macam ni. Tapi ni hanya pendapat aku lah, bukan nak overclaim ke apa, just pendapat sahaja. Boleh lah try waktu dalam pantang in the future haha.
Pengalaman aku sendiri minum COCOLICIOUS ni untuk sarapan— rasa kenyang bertenaga sampai waktu snacking, iaitu sekitar 10pg-11pg. So macam biasa, makan snack then lunch at noon.
Bezanya COCOLICIOS dengan shake Herbalife yang biasa aku amalkan ialah dia sedikit manis dan boleh diminum dengan air panas atau sejuk, berbanding shake Herbalife yang hanya boleh dibuat dengan air sejuk atau pada suhu bilik sahaja (supaya nutrien tak hancur).
So, ok lah for a change kan? Aku ni memang lebih selesa minum air panas di waktu pagi so kalau dah boring minum shake atau sarapan berat, boleh lah consume COCOLICIOUS untuk sarapan sihat yang panas dan kurang kalori.
Maka secara kesimpulannya, I am so happy with my new healthy findings yeay! Dah tambah satu lagi meal / minuman sihat dalam jadual makanan. Tak amalkan selalu tak apa, tapi at least dapat kurangkan kebergantungan kepada makanan kurang sihat di waktu pagi / malam.
Apa-apa pun bagi aku, real food is always the best! So janganlah terlalu bergantung kepada produk semata-mata untuk kesihatan. Nak sihat, kurus, cantik— wajibkan diri untuk bersenam, minum air putih banyak-banyak dan jaga pengambilan kalori. Elakkan jajan, once in a while takpe takat nak merasa tapi jangan jadikan habit pula. Semakin dah berusia ni terpaksa terima hakikat yang metabolisma badan dah tak sehebat zaman muda dulu. Pahit untuk ditelan, tapi demi kesihatan ku gagahi juga untuk jaga makan huhu.
Personally, biasanya aku consume meal replacement macam ni di saat diri rasa macam dah terlalu banyak makan benda kurang berkhasiat atau bila berat terbabas sikit (diet kelaut orang kata ) atau selepas workout (badan perlukan protein untuk recover). So tak adalah bergantung 100% tapi pada masa yang sama aku recommend produk ni sebab ada masa badan kita kekurangan nutrien, nak makan vitamin atau buah tak sempat, so waktu macam tu lah yang ku rasa sesuai untuk minum supaya dapat topup kekurangan vitamin & minerals dalam badan tu.
Ni ringkasan kebaikan COCOLICIOUS yang aku dah senaraikan siap-siap untuk rujukan korang:
Anyway, for me— COCOLICIOUS sesuai untuk aku and this is my honest review, harap dapat membantu korang yang juga mencari-cari makanan yang menyihatkan
Ops by the way, kalau korang berminat nak dapatkan produk ni atau nak join program sihat+kurus dengan coach Huzat & Sally boleh hubungi dorang directly di 0197888458 atau check laman web dorang di https://www.healultra.com/
Salam Countdown to Ramadhan gais!
Wah coklat adalah makanan kegemaran Naim, Bagus ada makanan sebegini jika memerlukan kita perlu mengambil keperluan sahaja. Senaman kena sentiasa buat agar kita tidak celus hehe
BalasPadamsedapnya minum air coco..minum waktu pagi best..rasa selesa je perut tu. dah lama tak minum air coco mcm ni
BalasPadamYummy!!!!!!!!!!!!!! I love hot chocolate! This one looks like a good try. Thank you for sharing your review.
BalasPadamTertarik sebab boleh membantu menurunkan berat badan. Almaklum sejak WFH nie, memacam masuk badan, pastu takleh nak gi gym.
BalasPadambanyaknya khasiat cocolious ni ye, saya memang suka choc, dapat minum hot choc, nikmatnyaaaa
BalasPadamWow thanks for sharing this COCOLICIOUS the drink nampak very delicious and nutritious too
BalasPadamSaya suka minuman berasas koko sebab kalau time malas nak makan yang berat2 minuman koko boleh mengenyangkan. masa sakit sebab covid tu memang saya cari minuman koko jer sebab tak lalu nak makan makanan yang berat2 macam nasi.
BalasPadamKalau chocolate mmeg suka la.. Hehhee.. Bagus ni mengenyangkan boleh campur dengan apa2. Banyak produk shaklee yang best ye
BalasPadamFuhh nampak likat coklat dia. Ruby suka coklat panas campur marshmallow. Nyummy!! Nanti nak cuba juga! Tq share Yanie!
BalasPadamPerghhh mengiurkan... kalau anak ni suka laaa, Sis coklat dalam minuman tak berapa, kalau makan coklat okkay.. boleh try nanti ..
BalasPadamSedapnya tengok air coklat tu hehehe mengiurkan lah kalau dapat tu minum pagi isi pekat-pekat pun tak apa pasti isi ais lagi sedapnya hehehehe kita dah lah hantu coklat..
BalasPadam