Pengalaman Dipanggil Untuk Roadpitch Geran SUPERB, Teraju 2019


Sekiranya anda seorang usahawan yang peka dengan geran-geran yang available di Malaysia ni, pastinya geran SUPERB ni sounds familiar, bukan?

SUPERB stands for Skim Usahawan Permulaan Bumiputra yang diwujudkan untuk membantu golongan start-ups bumiputra dengan bantuan modal sehingga RM500,000! Banyak kan?



Idea yang terpilih adalah idea yng kreatif dan inovatif.

Which is why aku tak terfikir yang idea aku akan terpilih untuk roadpitch ni sebab idea aku haritu wujud secara random 😅

____________________________

ROADPITCH

Roadpitch ni adalah stage pertama untuk program SUPERB.

Untuk melayakkan diri ke Roadpitch, kita kena hantar satu video berdurasi 2 minit- membentangkan idea perniagaan kita dan keunikan perniagaan tersebut.

Idea aku haritu adalah berkenaan pengkomersialan sejenis buah. Dan Alhamdulillah dari 600++ peserta dari negeri Selangor, cuma 200++ orang sahaja terpilih, termasuk idea aku tu hihi. Mati kutu aku bila dapat whatsapp dari pihak SUPERB, sebabnya aku memang langsung takda apa-apa persediaan, team members, mahupun kesinambungan kepada idea aku tu.

Tapi seperti suami aku cakap, takkan la aku terus reply bagitahu tak mau pergi kan? At least pergi untuk dapatkan pengalaman, and that was my plan (awal-awal dah surrender 😂😂).

So menghadapi Roadpitch, aku diminta untuk melakukan pembentangan selama 3 minit sahaja. Dan kebetulan minggu tu aku terlalu sibuk, minggu sebelum tu ada kematian so ada beberapa kerja tertunggak, minggu selepas tu aku kena attend konvo adik ipar + photoshoot next day. Sudahnya aku cuma dapat siapkan slaid pembentangan sehari sebelum Roadpitch huhu. Buah tu pun aku tak sempat nak buat packaging cantik-cantik, sekadar buat ala kadar sahaja.

Bahasa untuk pembentangan adalah bahasa yang mudah untuk kita gunakan. Sekiranya anda selesa menggunakan BM, silakan. BI pun boleh, malah sekiranya anda di kawasan Borneo dan ingin menggunakan bahasa sendiri, pun boleh; tapi pastikan ada di kalangan juri yang faham bahasa tersebut.


7:30 pagi
Pendaftaran bermula. Aku tiba tepat jam 7:30 pagi tu di Hotel Royale Chulan Damansara. Sebelum parking aku dah nampak begitu ramai manusia kat lobi hotel, huhhh... Menitik peluh jantan dibuatnya... Kami diberi nombor sebagai tanda pengenalan diri masing-masing.

Sepanjang program nanti korang akan nampak cameras everywhere, kadang ada yang follow / interview peserta tertentu, sebab program ni dorang nak jadikan reality show untuk RTM katanya.


8 pagi
Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengacara dan Pengarah Program. Seterusnya nombor giliran peserta dipanggil ke bilik juri mengikut kumpulan. Kumpulan aku dipanggil lebih kurang jam 11:30 pagi.

Dalam tempoh menunggu tu, kami disajikan dengan hidangan minum pagi dan video pemenang-pemenang geran SUPERB tahun-tahun sebelum ini. Fuhhhh... Hebat rupanya anak-anak muda Melayu kita ni, banyak idea yang inovatif!

Jangan tak percaya ye, ada juga pemenang geran SUPERB ni yang sememangnya sudah bergelar Profesor dan doktor perubatan berjaya, tapi masih mampu menjadi entrepreneur yang berjaya juga, dahsyat tak dahsyat tu?

Proses pemilihan pemenang geran SUPERB
Dalam ramai-ramai peserta tu ada juga Dr Fazley dan isteri beliau. Seronok tengok diorang berganding bahu bergilir-gilir jaga que sebelum dipanggil buat pitching. In fact, ramai di kalangan peserta yang hadir bersama ahli kumpulan masing-masing, agar mudah bagi diorang untuk bincang balik apa yang nak dibentangkan dalam tempoh 3 minit tu dan siapa yang patut buat pembentangan.

Produk dorang pun dibungkus dalam packaging lawa-lawa, mana tak insecure aku rasa! Aku punya... Dahlah tak berapa nak cun, macam main-main pulak 😂, tengok produk dorang.... MasyaAllah...

Antara idea yang dapat ku lihat di sini adalah pengkomersialan ekstrak air cendawan mekah, gummy dan vitamin buah rozel, makanan baby, aplikasi telefon pintar, mesin yang boleh melukis dan roti 100% fiber tanpa tepung, gula dan garam (yang ni dapat masuk semi-final). Hebat semuanya kan?


12:30pm
Peserta sewaktu menunggu giliran


Giliran aku dipanggil masuk.

Sebelum dipanggil entah macam mana aku tiba-tiba kena panick attack. Mana tak panik, aku sedar aku tak buat sebarang persediaan, masuk bilik kejap lagi nak bincang idea ratus ribu, memang aku panik!

Walaupun sekadar menunggu sambil duduk dalam keadaan tenang, tiba-tiba aku rasa kaki dan tangan kejang, jantung macam nak pecah. Padahal waktu aku bekerja makan gaji dulu tiap-tiap minggu aku buat pembentangan depan bos-bos, ini memang pelik bagi aku. Macam nak pengsan... Huh, tak boleh jadi ni, lantas aku bangun jalan ke depan ke belakang dan kunyah gula-gula yang disediakan. Alhamdulillah lepas tu aku ok sikit dan mampu untuk jalan masuk ke bilik juri.

Dalam bilik tu ada lebih kurang 4 orang juri, dan selebihnya pembantu-pembantu di situ. Ruang bilik agak luas, so pastikan produk kita tu dapat dilihat dengan jelas. Aku sengaja tak bagi juri pegang buah yang aku bawa tu sebab packaging aku memang tak cantik! Segan ok, hehe.

Aku mengaku, aku memang buat silap besar waktu ni. Aku sebok memperkenalkan buah tu kepada para juri, sedangkan dorang cuma nak tau, kau nak buat apa kalau dapat geran RM500k tu?

Ini tips penting ye kawan-kawan, tempoh 3 minit tu sangat crucial! 8 slaid pendek aku buat tu pun tak sempat nak baca semua, so pastikan korang bentang apa yang penting sahaja.

Dalam tempoh 3 minit tu jelaskan kepada juri apa yang yang penting sangat RM500k tu untuk bantu perniagaan korang nanti. Nak kenalkan produk tu boleh tapi dalam tempoh 1 minit je. Kena extremely bijak atur strategi kat sini sebab juri akan tangkap point-point yang penting sahaja dalam roadpitch 3 minit ni. Persediaan sangat penting sebenarnya, tapi tulah. Silap aku sebab tak bersedia awal-awal. Oh well... Nasi dah jadi bubur.


5:30pm
Pengumuman peserta yang layak ke semi-final. Waktu ni aku susah sikit nak fokus sebab mata berair teruk disebabkan contact lens ni dah expired kot. Tak pasal-pasal orang ingat aku menangis sebab tak layak masuk semi-final 😂😂
Minum petang semetara menunggu keputusan juri
Pemenang yang terpilih untuk ke Semi-Final. Ada dua orang yang aku kenal atas pentas tu, Alhamdulillah, tumpang happy :)



___________________________


Alhamdulillah walaupun aku tak terpilih (as expected), aku bersyukur Allah beri aku peluang untuk hadir ke majlis macam ni. It's not about winning, it's about the experience (bonus kalau menang lah, of course!)

Bergaul dengan entrepreneur Melayu yang inovatif ni sangat berbeza berbanding bergaul dengan orang makan gaji. Kebanyakan mereka ni berfikiran positif dan sentiasa banyak ilham. Sentiasa bagi galakan sesama dia, walaupun masing-masing tengah bersaing nak dapatkan geran yang sama.

Something important I learnt from the program is: Kita kena passionate dengan produk kita tu.

Kebanyakan usahawan yang aku mingle with, aku lihat dorang sangat passionate dengan apa yang dorang usahakan. Bukan sekadar berniaga sebab nak untung, tapi dorang memang suka dengan produk sendiri.

Hahahahaha (gelakkan diri sendiri), kalau tanya aku, aku sendiri belum bersedia nak jadi tokey buah tutttttt.....

So you alls, kepada usahawan-usawahan Bumiputra di luar sana, aku yakin korang memang banyak idea bernas! Tapi sebelum tu tanya diri sendiri, 'Aku memang suka ke benda ni? Aku dah ready ke nak jadi tokey produk ni?' Then mungkin korang baru dapat bersedia untuk mulakan langkah seterusnya.

Sila pergi, join program macam ni untuk luaskan perniagaan / idea korang, luaskan pandangan dan dapatkan motivasi daripada mereka yang berpengalaman. Aku yakin suatu hari nanti sekiranya lebih banyak peluang diberi, Bumiputra pasti boleh menguasai bidang keusahawanan, jadi aku sangat galakkan korang buat persiapan idea perniagaan bermula dari sekarang. Target untuk SUPERB (atau geran lain) tahun 2020 nanti, please go.

InsyaAllah tahun depan aku ingat nak try apply lagi, tapi mungkin produk lain yang aku lebih passionate about hehe. Learned my lesson, so hopefully my sharing will help some of you. Kalau ada sharing menarik tentang topik ni, be my guest and leave a comment below.

Thanks for reading and good luck!

*Sekiranya terpilih selepas Roadpitch nanti, peserta akan mara untuk pitching di Semi-Final & seterusnya Final. Untuk Semi-Final, peserta kena lalui boot camp selama 3 hari dan aku difahamkan dorang baru je selesai Semi-Final baru-baru ni.

Ulasan

Ikuti Saya

What Do You Think?

Artikel Popular